CITARASA MAKANAN & SUASANA ALA-KOBOI DI GOMBAK COWBOY CAFE

Pemilik Gombak Cowboy Cafe, En. Zainuddin Yatim dan Pn. Mi Mie Iberahim

Yehaa! Banyak kedai-kedai makan yang bertemakan koboi di Malaysia, tetapi Gombak Cowboy Café mungkin merupakan satu-satunya café yang menampilkan bukan sahaja dekor koboi malahan pemandangan yang lengkap dengan bangsal kuda dan juga kuda yang sedang berlari-lari di padang. Letaknya bersebelahan dengan Gombak Horse Riding Club di Jalan Sg. Pusu, kafe yang baru dibuka ini menawarkan pelbagai sajian Barat yang disesuaikan dengan citarasa Malaysia.    

Kafe ini menampilkan fakad minimalis yang diperbuat daripada papan, persis kedai makan koboi.

Team FemagOnline merasa bertuah dijemput untuk mencuba menu hidangan yang disediakan pada hari pembukaan Gombak Cowboy Café pada 1 Disember 2020. Kafe ini diusahakan oleh pemilik sama dengan BBQ Lamb KL Kemensah yang tular di media sosial. Jom kita baca apa yang menarik di sini....

Aktiviti menunggang kuda boleh dinikmati oleh para pengunjung di Gombak Horse Riding Club, bersebelahan dengan Gombak Cowboy Café. 


Terdapat pelbagai sudut menarik untuk bergambar di perkarangan Gombak Cowboy Café.

Ruang makan kafe utama dan dapur

Roda-roda pedati kuda menambahkan suasana koboi autentik kepada kafe ini.

Pengunjung kafe ini juga boleh melawati bangsal kuda yang terletak bersebelahan dengan kafe. 

Ruang makan yang luas dan selesa juga memudahkan penjarakan fizikal di zaman COVID-19 ini. 

Dekor persis kedai makan koboi - saloon.

Bar saloon yang menjadi tarikan untuk pelanggan merakam gambar kenangan.

Menu konsep masakan ala-ala koboi yang ringkas tetapi membangkitkan selera. Harganya tidaklah begitu mahal dengan adanya promosi minuman percuma. 

Jom cuba Nasi Goreng Koboi Istimewa

Promosi minuman PERCUMA dengan pembelian hidangan utama! Memang berbaloi menjamu selera di Gombak Cowboy Café.

Sup Minestrone - walaupun sup ini asalnya dari Itali, ia mungkin dimasukkan ke dalam menu ala-koboi kerana sup ini sesuai dipadankan dengan hidangan seperti steak dan daging bakar. 

Ini dia Nasi Goreng Koboi Istimewa. Lengkap dengan sotong bakar yang membangkitkan selera! 

Cantik cara susunan makanan (plating) di Gombak Cowboy Café. Memang mesra-Instagram! 

Fajitas Ayam - resepi Tex-Mex yang popular ini diperbuat daripada ayam panggang berempah dan disajikan dengan lada benggala dan salad.

Jangan lupa mencuba Buffalo Wings - satu makanan ala-koboi yang berasal dari Amerika Syarikat, kepak ayam yang digoreng dan dicicah dengan sos pedas lada Cayenne. Pedas tapi sedap!  

Lengkapkan hidangan anda dengan minuman PERCUMA kopi atau teh! 


Suasananya yang santai dengan dekor yang persis kedai makan koboi, Gombak Cowboy Café menawarkan satu pengalaman yang sukar dilupakan buat pengunjungnya. Hidangan yang disajikan adalah ringkas tetapi sedap, citarasa ala-koboi yang sesuai dengan selera Malaysia. 

Anda pasti akan tertarik dengan pelbagai sudut yang mesra-Instagram. Jangan lupa meminjam topi koboi sebagai prop bergambar untuk kenangan sebelum pulang! 



GOMBAK COWBOY CAFE 
Alamat: Lot 5639, Jalan Sungai Pusu, Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor, 53100, Selangor

Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi
*Zainuddin* 
*MeM*


Waktu Operasi 
3 petang - 12 tengah malam (pesanan terakhir 11 malam)


Lokasi Gombak Cowboy Cafe 
Google Maps

Comments

  1. Menarik dan nampak selesa sangat cafe cowboy ni. Nanti dah tamat pkpb boleh lah kami singgah juga

    ReplyDelete
  2. Memang menarik tempatnya, tentu bdkw suka melihat kuda dgn makanannya yv sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA