GUESTSTAR BAWAKAN PESANAN VIDEO ISTIMEWA DARIPADA SELEBRITI

Dynas Mokhtar - Antara selebriti Malaysia yang membuat penampilan di dalam Gueststar 

Effro, platform perancangan acara serantau telah melancarkan GUESTSTAR – perkhidmatan yang membenarkan sesiapa sahaja untuk mengupah bintang pilihan anda untuk menghasilkan kandungan video yang unik bagi tujuan peribadi. Dari ucapan hari lahir ke lamaran perkahwinan, jenaka mahupun kata-kata perangsang, pengguna boleh memilih bintang tempatan kegemaran di Malaysia ataupun Singapura untuk menghasilkan kandungan video yang dibuat khas pada harga yang berpatutan untuk sebarang majlis. 

“Gueststar merupakan sebuah platform yang unik bertujuan untuk mendekatkan lagi bintang kegemaran pilihan dengan anda semua sekali. Melalui kaedah digital, masa dan tempat bukan lagi penghalang dalam mencipta pengalaman indah untuk yang tersayang. Dengan Gueststar, jarak di antara anda dan bintang kegemaran anda dapat dipendekkan. Hari ini, bintang bukan lagi hanya personaliti televisyen dalam satu dimensi, mereka juga penyedia kandungan pada media sosial. Gueststar menyediakan platform alternatif untuk menghubungkan mereka dengan peminat serantau melalui kandungan yang dibuat khas,” ujar Adam Tan, Pengasas Gueststar. 

Fahrin Ahmad

Kaedah Baharu dalam Penyediaan Kandungan Khas

Gueststar menyediakan pengalaman yang lancar bagi pengguna untuk melantik bintang pilihannya menghasilkan kandungan khas mengikut permintaan. Melalui platform tersebut, pengguna boleh menghantar permintaan kepada bintang yang dipilih beserta kandungan intipati video. Dalam tempoh 7 hari selepas menghantar permohonan (tertakluk kepada kelulusan), sebuah video berpanjangan 20 saat hingga ke 2 minit akan dihasilkan dan dikemukakan. 

Lebih 50 bintang kesayangan bersedia untuk ditempah di Gueststar. 

Singapura: Allan Wu, Andie Chen Gurmit Singh, Patricia Mok, Jasper Lai, Jason Godfrey dan ramai lagi

Malaysia: Adeline Tsen, Atilia Haron, Aishah, Dina Nadzir, Dynas Mokhtar, Fahrin Ahmad, Hazami, Lavin Seow, Steve Yap, VE (Voice of Euphonious), Yasmin Hani dan ramai lagi

Karektor: Batman, Cinderella, Queen Elsa, Princess Jasmine dan ramai lagi

Peniru gaya: Michael Jackson, Taylor Swift dan ramai lagi

Ahli silap mata: Andrew Lee finalis Asia Got Talents 2017 dan Britain Got Talent 2018

Kos untuk melantik bintang bermula dari MYR30 hingga MYR 3500. Sementara kebanyakan video dihasilkan dalam Bahasa Inggeris, pengguna boleh memohon untuk bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Mandarin. 


Bertepatan dengan musim perayaan, Gueststar kini bersiar secara langsung dan pengguna boleh mula memohon pesanan khas melalui https://gueststar.asia.



Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING