HERBALIFE COLLAGEN PLUS POWDER UNTUK KULIT LEBIH SIHAT

 

Herbalife Nutrition telah melancarkan suplemen kesihatan baharu, Herbalife Collagen Plus Powder di Malaysia untuk membantu para pengguna memiliki kulit yang lebih sihat. Kulit yang merupakan organ terbesar dan yang paling terdedah perlu dijaga dengan sebaik-baiknya bagi golongan lelaki dan wanita tanpa mengira usia.

Kolagen merupakan sejenis protein yang paling banyak terkandung di dalam tubuh kita, ia boleh ditemui di dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem penghadaman dan tendon. Ia memberikan kulit kita kekuatan dan keanjalan, yang bukan sahaja menyumbang kepada penampilan awet muda, malah turut memelihara kesihatan kulit. Bagaimanapun, apabila proses penuaan berlaku, pengeluaran kolagen oleh tubuh badan kita mula menjadi perlahan. 


Herbalife Collagen Plus Powder mengandungi kolagen terhidrolisis berasaskan ikan sebagai bahan utama, ia diperbuat daripada peptida kolagen bermolekul rendah. Suplemen kesihatan ini ideal bagi mereka yang ingin meningkatkan dan mengoptimumkan pengeluaran kolagen, serta memelihara kesihatan kulit. Berbekalkan bahan tambahan seperti CoQ10, vitamin C, B2, B3, B6, Biotin, Zink dan Kuprum, pertumbuhan kolagen dan formasi antioksidan dalam badan kita dapat digiatkan, selain membekalkan nutrien tambahan yang asas untuk kulit dan rambut yang sihat. 

Di samping penuaan, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menjejaskan keadaan kulit. Di Malaysia, sebagai sebuah negara tropika yang sering disinari matahari terik, ia turut menyumbang kepada kemerosotan pengeluaran kolagen serta mempercepatkan proses penuaan. Tambahan lagi, faktor gaya hidup seperti pengamalan diet yang tinggi dengan gula serta tabiat merokok juga boleh menjejaskan pengeluaran kolagen. 

Memandangkan pelbagai faktor memainkan peranan dalam aspek kesihatan kulit, maka pengguna perlu peka mengenai hal ini untuk memastikan kulit anda kekal kuat dan sihat. Meskipun proses penuaan tidak boleh dihentikan, ia masih boleh dilambatkan jika kita mengamalkan tabiat penjagaan diri yang baik. 

Cara mudah untuk menikmati kebaikan Herbalife Collagen Plus Powder:


Sudu disediakan di dalam setiap pek 300g Herbalife Collagen Plus Powder


Campurkan dua sudu (jumlah 10g) dengan 120 - 240ml air atau jus buah-buahan.


Herbalife Collagen Plus Powder berperisa oren dan mudah larut di dalam air.


Disyorkan diminum sekali sehari dengan perut kosong.


Herbalife Collagen Plus Powder kini boleh didapati melalui ahli-ahli persendirian Herbalife Nutrition.


Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

ZURICH MALAYSIA MENINGKATKAN SOKONGAN TERHADAP KOMUNITI KURANG BERKEMAMPUAN DENGAN SUMBANGAN ZAKAT RM60,000 KEPADA YAYASAN EZ PRIHATIN