MENARA KL TAWAR TIKET PERCUMA PROMOSI KITA PRIHATIN BERSAMA


Sempena dengan pembukaan semula Menara Kuala Lumpur kepada para pengunjung pada 30 November 2020, Menara Kuala Lumpur dan Menara Alor Setar kembali beroperasi untuk membantu merancakkan semula industri pelancongan domestik dengan satu promosi istimewa sepanjang bulan Disember ini, iaitu ‘Promosi Kita Prihatin Bersama (PKPB)’. 

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Ainol Shaharina Sahar (kanan) bersama Pengurus Besar Menara Kuala Lumpur, Mohd Dzulfiqhary Ibrahim (kiri) memeri taklimat kepada media.

Promosi ini menawarkan tiket PERCUMA kepada 100 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck) di Menara Kuala Lumpur. Manakala tiket PERCUMA kepada 25 pengunjung pertama setiap hari untuk ke Pelantar Pemandangan di Menara Alor Setar. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga boleh menikmati diskaun tiket sebanyak 50% iaitu RM36 dewasa dan RM18 kanak-kanak untuk ke Sky Deck di Menara Kuala Lumpur. Promosi ini adalah khas buat seluruh warganegara Malaysia sehingga 31 Disember 2020. 


Selain itu, promosi-promosi istimewa khas buat para barisan hadapan seperti ‘Untukmu, Wiraku’ dan ‘Untukmu, Delivery Heroes’ juga turut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. 

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk berkunjung ke Menara Kuala Lumpur bersama-sama keluarga tercinta serta rakan-rakan dan para pengunjung tidak perlu risau kerana Menara Kuala Lumpur amat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan COVID-19. Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan setiap 45 minit setiap hari. 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi tersebut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian 03-2020 5499 / layari www.menarakl.com.my / facebook @officialmenarakl / Instagram @menarakl.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING