MILO PERKENAL HIDANGAN SARAPAN MILO NUTRI BREAKFAST

 


Minuman coklat malt kegemaran rakyat Malaysia, MILO® menyajikan lebih lagi kebaikan berkhasiatnya, kini dalam semangkuk MILO® Nutri Breakfast yang baharu. Hidangan bijirin oat segera ini kini berada di pasaran bagi membekalkan tenaga kepada rakyat Malaysia untuk melangkah lebih jauh dan menjuarai hari mereka dalam setiap suapan sarapan pagi.

MILO® Nutri Breakfast menghidangkan kebaikan MILO® dengan tambahan oat yang diimport serta potongan buah-buahan dan biji-bijian yang sebenar. Dengan rasa MILO® ikonik kegemaran rakyat Malaysia, keluaran MILO® terbaharu ini kini boleh dinikmati sebagai semangkuk bijirin oat yang panas, berkhasiat dan lazat untuk memulakan hari anda. 

Seperti minuman MILO® yang lain, MILO® Nutri Breakfast dibuat daripada kebaikan barli malt, susu dan koko, serta padat dengan gabungan unik 6 vitamin serta 3 mineral penting yang dapat membantu membebaskan tenaga daripada makanan. Ia tinggi dengan zat besi, kalsium, dan Vitamin D, selain juga merupakan sumber serat yang penting untuk membantu memelihara fungsi sistem pencernaan. 

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan buat pertama kalinya MILO® dalam bentuk bijirin oat yang lazat, di mana kebaikan serta keunikan rasa MILO® dapat dinikmati dalam setiap suapan. Dalam rangkaian puluhan inovasi produk MILO®, kami berbangga khususnya dengan MILO® Nutri Breakfast kerana ia sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk berkongsi kebaikan MILO® kepada rakyat Malaysia yang ingin memanfaatkan sepenuhnya pilihan sarapan yang bertenaga, serta mereka yang mahukan lebih lagi kebaikan MILO®,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan - Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad. 

MILO® Nutri Breakfast kini terdapat dalam dua varian yang sesuai untuk seisi keluarga: Pisang dan Biji-Bijian. Varian Pisang mengandungi potongan pisang yang sebenar, manakala varian Biji-Bijian pula mengandungi biji bunga matahari dan biji labu. 



Mudah sahaja untuk menyediakan semangkuk MILO® Nutri Breakfast dengan hanya empat langkah berikut: Koyak, Tuang, Kacau, Nikmati. Koyakkan satu paket MILO® Nutri Breakfast ke dalam mangkuk dan tuangkan hanya ¼ cawan (60ml) air panas. Kacau sehingga sebati dan nikmati semangkuk MILO® Nutri Breakfast yang panas dan lazat. 

Tidak kira jika anda kesuntukan masa atau mahu meluangkan masa bersama keluarga pada waktu pagi, MILO® Nutri Breakfast merupakan sarapan bijirin oat mudah yang sesuai juga dipadankan dengan buah-buahan dan segelas MILO® atau susu sebagai sajian sarapan pagi yang sihat untuk membekalkan anda tenaga menghadapi hari. 

MILO® Nutri Breakfast juga memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermakna kandungan gula dan lemak adalah lebih rendah, manakala kandungan serat pula adalah lebih tinggi berbanding produk lain dalam kategori yang sama tanpa Logo Pilihan Lebih Sihat. 

MILO® Nutri Breakfast kini boleh didapati di kedai-kedai berhampiran atau dalam talian melalui laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Untuk mengetahui kebaikan MILO® Nutri Breakfast dengan lebih lanjut, layari milo.com.my/bm/milo-nutri-breakfast

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING