MAKIN TUA, MAKIN LAKU - ROZITA CHE WAN KINI BERGELAR DUTA MYLEA

 


“Makin tua, makin laku,” seloroh aktres Rozita Che Wan, yang juga lebih mesra dengan panggilan Che Ta ketika memberi ucapan di majlis perlantikannya sebagai duta jenama MYLEA yang dilangsungkan di Hotel Royale Chulan pada 8 Januari lalu. Che Ta terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerana Syarikat Amylea Group Sdn. Bhd memberi kepercayaan kepadanya untuk jadi duta produk kecantikan pada usia cecah 50 tahun. 


Jenama Mylea yang dikeluarkan oleh Syarikat Amylea Group Sdn. Bhd ini telah diasaskan pada tahun 2012 oleh Puan Amylia Farhana dan suaminya, Encik Mohd Fakhrul Razi Jamaluddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat. Jenama ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat produk kecantikan kerana keberkesanannya untuk menghasilkan kulit idaman yang diimpikan, terutamanya dalam merawat masalah yang sukar ditangani seperti jeragat. 


Kisah kejayaan MYLEA bermula daripada sebuah impian seorang peniaga kecil di pasar malam untuk mempunyai empayar produk kecantikan jenama sendiri. Encik Mohd Fakrul sanggup berhempas-pulas dan berhujan panas untuk menguruskan perniagaan demi keselesaan keluarga di masa depan. 


Sementara itu, Puan Amylia juga pernah bekerja sebagai kakitangan pemasaran di sebuah hotel tempatan dan mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di hotel tersebut disebabkan ingin menrealisasikan impian beliau. Beliau juga pernah mendapat sindiran daripada majikan suatu ketika dahulu yang mana beliau dikatakan tidak akan berjaya dengan berniaga bawah jenama sendiri. 


Dengan impian yang besar dan matlamat yang jelas, tertubuhlah Syarikat Amylea Group Sdn Bhd yang bukan sahaja dapat membantu kaum wanita menyelesaikan masalah jeragat, jerawat dan kulit kusam tetapi juga berjaya melahirkan lebih ramai usahawan menjana pendapatan di bawah jenama MYLEA. 


Walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan keperitan yang melanda, kedua-dua usahawan ini bangkit untuk membuktikan jenama tempatan mampu menembusi pasaran tempatan dan luar negara iaitu Singapura, Brunei, Indonesia dan Arab Saudi. 


Perlantikan Che Ta sebagai duta jenama MYLEA dijangka akan memperkasakan lagi jenama ini di pasaran semasa di mana pelbagai strategi pemasaran bakal dilaksanakan sepanjang tempoh rasmi perlantikan Che Ta sebagai duta rasmi jenama MYLEA.


Antara produk popular di bawah jenama MYLEA adalah Mylea Freckles Serum New Formulation with Moist24 Essence & Centella Asiatica Extract, Mylea Honey Soap, Mylea Treatment Foundation, Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Pore Invisible Primer dan Mylea Lip Scrub.


Majlis yang penuh glamour turut dihadiri oleh Zain Saidin (Suami Rozita Che Wan), agen-agen MYLEA, media massa dan blogger-blogger unuk menyaksikan detik yang gemilang ini.


Jenama Mylea telah memenangi pelbagai penghargaan antaranya Asia Pacific Super Health Brand sejak tahun 2018 sehingga sekarang. Malahan baru-baru ini produk jenama Mylea ini juga berjaya mendapatkan SME100 Awards 2020. Produk Mylea juga telah mendapat kelulusan SIRIM dan melepasi standard piawaian yang diiktiraf.

Untuk maklumat lanjut, sila layari/ hubungi:
Website: www.mylea.my
Facebook: Mylea Skincare Malaysia
Instagram: @mylea_hq
Emel: myleaskin@gmail.com

Comments

  1. Hai, ina one of Jemaah Mylea🥰

    Nak risik risik produk Mylea ataupun nak jana kewangan bersama Mylea buleh wasap ina okey

    wasap.my/60145418443/7harihilangjeragatbuleh

    Buleh follow jugak :

    Fb : Salina Yusof

    ReplyDelete
  2. Hai saya Tiha��

    WAKIL SAH MYLEA
    #MYLEAbyFatihah

    Nak cantikk dgn MYLEA, nak join team MYLEA boleh terus wasap Tiha��

    www.wasap.my/60129611535 ����

    Fb : Fatihah Fauzi
    IG : MYLEAbyFatihah

    "Relax, Release, Rebalance"

    ReplyDelete
  3. Setia bersama mylea sejak 2016. Sebagai pengguna dan Jemaah Mylea (ejen). Ada yg ingin mencuba Mylea atau ingin mjana income sendiri bole follow fb : zulaine alias. Or wsap www.wasap.my/60192005910/mylea

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA