ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025


Sebuah drama yang bakal mempamerkan konflik adik beradik dibaluti dengan perebutan rasa terhadap seorang lelaki. Semuanya dipamerkan melalui drama dengan tajuk Di Sebalik Reda yang diterbitkan oleh Siti Rozmizah Semail di bawah payung SR One dan arahan oleh Fairuz Loy. Umum tahu kalau drama di bawah SR One pastinya membawakan pelbagai gejolak rasa, manakan tidak, SR One merupakan penerbit drama hebat Astro, Takdir Itu Milik Aku dan Dia Imamku.

Kisah Darlina yang kerap diduga Damia, kakaknya yang kurang upaya hinggakan terpaksa menggadai masa depan dirinya sendiri. Namun mampukah Darlina menggadaikan cinta hatinya juga apabila Damia kini jatuh cinta pada Taufiq? Sebuah kisah keluarga yang tragis untuk tontonan petang khalayak.


Untuk kali pertamanya, Siti Khadijah Halim membawakan watak Darlina digabungkan dengan pelakon tinggi lampai, Adam Lee dalam menerawang segala rasa dan konflik yang dibawakan melalui drama 30 episod ini yang merupakan sebuah karya asli SR One.

Ditayangkan di Astro Prima pada setiap hari Isnin- Jumaat, pukul 6 petang, ini merupakan kemunculan perdana Siti Khadijah Halim dalam slot Tiara. Drama ini meneruskan budaya slot Tiara yang mengetengahkan golongan kurang upaya sebagai watak dalam drama.

Menurut Siti Khadijah, cabaran untuk dirinya kali ini ialah membina chemistry dengan semua pihak kerana watak Darlina perlu mempunyai komunikasi yang rapat dengan ramai watak.

“Saya fahamkan dialog dan berkenalan dengan Darlina. Saya bercakap seperti Darlina di dalam dan luar set untuk ‘mengenali’ nya dengan lebih dekat,” ujar Siti Khadijah tentang proses membawa masuk Darlina ke dalam hidupnya.

Buat Siti, Darlina merupakan anak bongsu yang cekal, tabah, kuat dan menyimpan banyak perasaan kerana sering dibuli kakaknya. Malah dia turut tidak mendapat perhatian dan sokongan dari ibu dan bapanya. Namun Darlina digambarkan segabagi seorang yang sangat penyabar dan mempunyai Impian yang besar,

“Konfliknya datang apabila Darlina perlu mengalah untuk keluarga, Kakaknya menyukai pasangan Darlina dan dalam masa yang sama adakah Darlina sendiri mahu mengejar apa yang dia betul-betul mahukan? Itu merupakan konflik yang menarik dan akan membuatkan netizen tertanya-tanya mana satu yang akan dipilih oleh Darlina,” ujar Siti yang menganggap maksud reda membawa erti kita menerima segalanya dengan hati terbuka dan positif tanpa ada perasaan marah, dengki atau benci.


Manakala Adam Lee menganggap watak Taufiq membawa cabaran yang tersendiri buat dirinya.

“Saya hanya ada waktu seminggu untuk mendalami watak Taufiq. Saya memahami dan mengenali sesebuah naskah kerana ini adalah wajib sebelum memproseskannya,” ujar Adam Lee yang membawakan watak Taufiq yang merupakan seorang yang terlalu over protective, anak emak dan setia.

Adam Lee juga merasakan elemen perebutan cinta di antara adik beradik yang jarang ditonjolkan di drama umum akan membuat penonton bercampur baur emosi ketika menonton naskah ini. Jadi nantikan….

“Bukan watak utama sahaja perlu diberi perhatian, setiap watak dalam naskah ini memainkan peranan yang sangat berat. Setiap ruang tidak kosong itu ada salah satu faktor kenapa penonton harus follow dari awal sampai akhir,” ujar Adam yang menganggap reda adalah melepaskan sesuatu dengan hati yang ikhlas.

Tonton drama ‘Di Sebalik Reda’ di Astro Prima (saluran 105), mulai 30 Jun 2025, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang atau strim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Astro One Entertaiment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.

Sinopsis Di Sebalik Reda

Kehidupan keluarga Rahim berubah sebaik anak sulungnya, Damia, mengalami kecacatan dan kini terpaksa hidup dengan kerusi roda. Semenjak hari itu, Rahim, isterinya dan Darlina – adik Damia – cuba untuk menjaga hati Damia sebaik mungkin. Damia yang kini menjadi seorang yang pentingkan diri apabila dirinya sering dimanjakan, semakin tidak boleh bertolak ansur. Darlina terpaksa menolak tawaran kerjanya apabila Damia mengamuk. Pertemuan Darlina dengan Taufiq bakal menduga keluarga Rahim, apabila Damia juga jatuh cinta pada Taufiq. Damia sanggup buat apa Sahaja muslihat untuk menangkan hati Taufiq. Sementara itu, Zainab – ibu kandung Rahim – yang sudah tua kini mahu mencari Rahim dan menebus kesalahanya menghalau anak sulongnya. Namun, Zaidi – adik keapda Rahim – dan isterinya Nabila yang tamak cuba untuk menggagalkan rancangan ibu mereka itu. Sebuah kemalangan menimpa Rahim dan isterinya, yang menyatukan dia dan ibunya Kembali, bakal menembungkan Zaidi dan Nabila yang tamak dengan Damia yang juga mempunyai objektif yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

GELAGAT JANNA NICK DAN DINI BAKAL MENCUIT HATI PENONTON DALAM DRAMA ‘SELAMAT PENGANTIN HARU!’

PANDUAN RINGKAS UNTUK WANITA KEKAL KONSISTEN DEMI MENCAPAI MATLAMAT KESIHATAN

HOLISTIC WAY PERKENAL EMPAT PRODUK BAHARU UNTUK GAYA HIDUP LEBIH SIHAT & CERGAS