JEBAT - MINUMAN TENAGA YANG DICIPTA KHAS UNTUK KAUM LELAKI
Syarikat produk berasaskan ramuan herba yang popular di Malaysia, Jamu Tun Teja (JTT) memperkenalkan produk terbaharunya iaitu JEBAT.
JEBAT adalah minuman tenaga yang dicipta khas untuk kaum lelaki. JEBAT mengandungi bahan-bahan herba semula jadi seperti Tongkat Ali, Ginseng, Madu Asli dan beberapa lagi ramuan semula jadi yang berkhasiat.
Produk ini dihasilkan berikutan pemerhatian pengasas bersama Jamu Tun Teja, Puan Hazira Azihan bt. Abd Wahab ke atas suaminya, Syukri Hassan selaku Presiden Jamu Tun Teja.
“Tercetusnya idea untuk menghasilkan JEBAT ini sebab selalu tengok Syuk, merangkap suami keletihan kalau kerja berterusan. Macam mana nak maju dalam business kalau tak kental. I sendiri ialah pengguna tegar Jamu Tun Teja, 24 jam ibarat “nothing to me”. I boleh kerja beterusan tanpa sempadan tapi kalau Syuk tak boleh nak kejar energy bekerja I, macam mana? Oleh itu, terhasilnya JEBAT by JTT ini.” ulas Hazira.
Puan Hazira Azihan bt. Abd Wahab |
Hazira juga memberitahu tentang
keunikan produk JEBAT ini berbanding produk di pasaran ialah JEBAT mengandungi tiga
bahan utama iaitu Tongkat Ali, Ginseng dan Madu Asli yang sangat bagus untuk
lelaki. Walaupun kos pembuatan dan formulasi agak tinggi, namun JTT komited
untuk memberikan produk yang berkualiti kepada pengguna.
“Dari segi konsep, JEBAT sangat
berhubung kait dengan jiwa, semangat kepahlawanan kemelayuan demi memartabatkan
sejarah nusantara. Dari awal tahun lepas lagi saya sudah terbayang nama produk
JEBAT itu memang zasss! Kenapa bukan TUAH, sebab JEBAT ni macam bad boy sikit
ada aura dan perwatakan yang gagah”.
Selain JEBAT, JTT juga telah menghasilkan produk lain yang dibuat khas untuk wanita. Antara produk JTT adalah Jamu Tun Teja, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, MEKAR, Sutera Lip Serum dan Lip Glass, RATU Hair Series dan LAUT Spa Series.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Ms Mira adi talian +60175173053 atau hantarkan e-mel kepada jamutuntejahq@gmail.com
Comments
Post a Comment