MAGGI® AGIH 50,000 KIT MAKANAN KEPADA GOLONGAN B40
Dalam usaha menghimpun sokongan untuk golongan yang memerlukan, MAGGI® telah melancarkan kempen MAGGI® Sah Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu bermatlamat untuk menyumbangkan sejumlah 50,000 kit makanan kepada golongan B40 di seluruh Malaysia. Initiatif ini bertujuan untuk membekalkan bahan makanan yang diperlukan untuk menyediakan sajian seharian yang berpatutan serta berkhasiat kepada golongan masyarakat yang berpendapatan rendah sejajar dengan usaha Nestlé Malaysia untuk meringankan beban golongan masyarakat yang memerlukan bantuan, terutama pada masa yang penuh mencabar kini.
Peraduan MAGGI® Sah Malaysia Beli & Menang diadakan untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk menghulurkan sokongan kepada golongan yang memerlukan. Dengan setiap pembelian produk MAGGI®, peserta layak untuk menyertai peraduan di samping beramal dan membantu membekalkan bahan makanan yang diperlukan kepada golongan B40 dalam bentuk kit makanan bagi penyediaan sajian seharian yang berpatutan serta berkhasiat untuk keluarga.
MAGGI® telah menerima lebih daripada 500,000 penyertaan sepanjang dua bulan berlangsungnya peraduan MAGGI® Sah Malaysia Beli & Menang dari kesemua 14 buah negeri di serata Malaysia dan sekaligus meraih sejumlah 50,000 kit makanan untuk golongan B40 di seluruh Malaysia.
Salah satu penyumbang utama initiatif ini adalah Yayasan MyKasih, pertubuhan amal yang membantu keluarga berpendapatan rendah melalui bantuan makanan dan pendidikan. Turut menyokong initiatif ini adalah Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) melalui anak syarikatnya Jasmine Food Corporation Sdn Bhd, Sazarice Sdn Bhd dan Liansin Trading Sdn Bhd . Kit makanan tersebut telah membantu 50,000 keluarga dari golongan B40 di serata Malaysia dalam menyediakan sajian seharian yang enak dan seimbang dengan menggunakan produk MAGGI® serta produk lain dari Nestlé.
Antara komuniti B40 yang telah menerima kit makanan tersebut termasuk PPR Pangsapuri Enggang di Selangor, Kampung Sireh di Kedah, PPR Puri Warisan di Sabah, serta PPR Taman Dahlia dan Kampung Pinang di Sarawak. Dengan mematuhi garis panduan dan langkah keselamatan, sumbangan kit makanan diserahkan kepada wakil penduduk/ blok di setiap lokasi, yang kemudian mangagihkannya rumah ke rumah pada waktu tertentu.
“MAGGI® sangat berbesar hati menjadi jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama lebih dari 50 tahun, membantu ramai keluarga dalam menyediakan sajian yang berpatutan, enak dan berkhasiat setiap hari. Akibat pandemik ini, golongan B40 paling terkesan dengan kebanyakan daripada mereka mengalami kesukaran memberikan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi buat keluarga mereka. Melalui initiatif kit makanan dari MAGGI®, kami ingin menghulurkan harapan dengan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu golongan B40, “ kata Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia Berhad).
Tambah beliau: “Berpegang teguh pada tujuan kami untuk sajikan kelainan, initiatif ini merupakan sebahagian daripada iltizam berterusan MAGGI® dalam menyokong penyediaan makanan dan tabiat makan yang lebih sihat di kalangan golongan B40. Program B40 MAGGI® akan datang membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pemakanan yang berkhasiat dan seimbang dengan kos yang berpatutan, melalui pemilihan ramuan dan kaedah memasak dalam penyediaan makanan. Kami akan memperkenalkan pelbagai aktiviti serta daya usaha dalam menekankan bahawa sajian berkhasiat dan seimbang dapat disediakan dengan cepat dan dengan menggunakan bahan yang mudah didapati di bawah RM10. Berbekalkan pengetahuan pemakanan, kami berharap agar dapat membantu meningkatkan pemahaman golongan B40 bahawa sajian berkhasiat dan seimbang boleh disediakan dengan enak, mudah serta berpatutan.”
Comments
Post a Comment