RADIO ERA PERKENALKAN ISHA NORSHAM DALAM GEMPAK HIT ERA

 


Para peminat ERA boleh berhibur dengan segmen baharu Gempak Hit ERA bersama Isha di ERA, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 petang hingga 4 petang.

Segmen Gempak Hit ERA menampilkan Isha Norsham, seorang pengacara TV dan personaliti sosial media yang juga merupakan hos terkenal dari Gempak, portal hiburan digital yang terkemuka di Malaysia. Isha bakal mengetengahkan kandungan menarik termasuk informasi terkini, berita hiburan menarik, info gaya hidup, info sukan dan tren terkini di media sosial.

Isha merupakan bakat ‘On Air Talent’ terbitan Astro dan mula menerpa nama apabila menjadi hos untuk program Gempak TV saluran Astro Ria. Isha turut bergiat aktif dalam bidang lakonan dan dikenali di media sosial dengan menghasilkan pelbagai kandungan dan video seperti menari, trend fesyen dan info kesihatan serta kecergasan. 

Selain memiliki jumlah pengikut yang besar di platform media sosial, Isha juga seorang yang periang dan gemar untuk berkongsi aktiviti hariannya di media sosial untuk dikongsikan bersama pengikutnya. Ikuti Isha dalam ‘Gempak Hit ERA’! 

Selain itu, peminat ERA juga berpeluang untuk membuat permintaan lagu bersama Isha untuk dimainkan di udara menerusi ‘Instagram Stories’ ERA.

Para peminat boleh mendengarkan Gempak Hit ERA menerusi aplikasi SYOK. Muat turun aplikasi SYOK sekarang. 

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA