RANGKAIAN PRODUK BUBS® KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA!


Bubs Australia, pengeluar susu formula organik untuk bayi dan snek organik terkemuka di Australia buat pertama kalinya membawakan pelbagai rangkaian produk berkualiti premium keluaran mereka ke Malaysia. Jenama ini berazam untuk memenuhi keperluan ibu bapa Malaysia dengan rangkaian produk mereka yang meliputi semua peringkat tumbesaran dan tahap pemakanan anak-anak, daripada lahir hinggalah berusia tiga tahun dan ke atas.

Sebagai jenama yang turut sama menggalas tanggungjawab membesarkan generasi baru bersama-sama dengan anda, Bubs® yang diasaskan oleh seorang ibu kepada tiga orang anak, juga mahukan yang terbaik untuk si manjanya. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bubs Australia, Kristy Carr membangunkan resipi tersebut di dapurnya sendiri di Northen Beaches, Sydney apabila dia menyedari wujud jurang untuk makanan bayi organik premium di dalam pasaran Australia. Semenjak itu, Bubs® telah menjadi salah satu pengeluar susu formula untuk bayi yang paling pesat berkembang di Australia, dengan pertumbuhan dua digit merangkumi semua peruncit ternama di Australia, termasuklah Coles, Woolworth’s dan farmasi nombor satu di Australia, Chemist Warehouse.


Selaras dengan matlamat asal penubuhan jenama berkenaan iaitu untuk melahirkan generasi baru si manja yang sihat, ceria, Bubs® berhasrat untuk memperjuangkan nilai yang sama dalam usaha memperkenalkan produk mereka kepada para pengguna di Malaysia. Berpegang teguh kepada slogan “Growing Generation Joy™”, Bubs® yakin bahawa pemberian nutrisi terbaik kepada si kecil berupaya membentuk tabiat pemakanan yang baik di sepanjang hayatnya. 

Pelancaran ini menandakan kejayaan pertama Bubs® untuk menembusi pasaran Malaysia menerusi pengedar yang telah dilantik. Jenama tersebut telah bekerjasama dengan Astra Baby Sdn Bhd bagi mengedarkan produknya ke seluruh Malaysia. Sama seperti Bubs®, Astra Baby sentiasa komited dalam membawakan hanya produk yang terbaik keluaran antarabangsa dan tempatan untuk bayi-bayi dan ibu bapa di Malaysia.


Memandangkan semua ibu bapa mahukan anak-anak mereka mendapat permulaan yang terbaik dalam hidup, Bubs® berazam untuk membantu dengan menyediakan produk yang dibangunkan oleh pakar pemakanan serta chef bagi memastikan bahawa waktu makan menjadi detik yang menyeronokkan untuk kedua-dua ibu bapa serta bayi mereka. Selain daripada menawarkan produk yang bukan sahaja enak malah juga sihat, pek makanan bayi Bubs® dibuat menggunakan bahan-bahan yang diperolehi daripada pembekal dan petani organik, memastikan pengguna di Malaysia hanya mendapat produk yang berkualiti tinggi dari ladang-ladang di Australia.

Sebagai permulaan, Bubs® akan memperkenalkan dua rangkaian produknya ke dalam pasaran Malaysia iaitu Bubs Organic® Grass Fed Formula dan Bubs Organic® Snacks and Cereal.


Rangkaian susu formula premium Bubs Organic® Grass Fed merupakan susu formula organik PERTAMA di Australia yang dihasilkan oleh ternakan yang hanya diberi makan rumput hidup organik 365 hari setahun. Dianugerahkan dengan dua persijilan organik daripada Australian Certified Organic (ACO) dan National Association for Sustainable Agriculture Australia (NASAA), rangkaian susu formula organik termaju ini dihasilkan daripada alam semula jadi, bebas GMO serta bebas daripada bahan kimia, pengawet dan racun makhluk perosak. Bagi memenuhi keperluan berbeza kanak-kanak di pelbagai tahap perkembangan, Bubs Organic® Grass Fed Formula boleh didapati dalam empat formula berbeza, untuk empat tahap pertumbuhan kanak-kanak yang berbeza.

Menyedari bahawa waktu makan makanan ringan adalah penting untuk keceriaan anak-anak, Bubs® memastikan hanya yang terbaik dalam semua produk snek keluarannya. Setiap Bubs Organic® Snacks and Cereal yang dihasilkan telah diadun dengan teliti oleh pakar pemakanan serta chef, dan melalui proses ujian rasa oleh para ibu sebenar serta si manja mereka. Begitu juga dengan Lactose Free Bubs Organic® Baby Teething Rusks yang mempunyai rasa yang unik serta variasi Bubs Organic® Baby Cereals yang enak, semuanya dicipta bagi memastikan si manja anda dapat menikmati makanan mereka dengan riang gembira.


Rangkaian Bubs Organic® Grass Fed Formula dijual pada harga pengenalan RM128 setiap satu manakala Bubs Organic® Snacks and Cereal pula dijual pada harga RM18.90 hingga RM20.90. Semua produk Bubs® kini boleh didapati di kedai-kedai terpilih di seluruh Malaysia.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bubs® dan mendapatkan senarai penuh peruncit di Malaysia sila kunjungi www.bubsmalaysia.com. Ibu bapa juga boleh menebus potongan 50% eksklusif untuk pembelian Bubs Organic Grass Fed Formula pertama mereka melalui laman sesawang rasmi di sepanjang tempoh kempen berkenaan. Anda hanya perlu menyempurnakan pembelian di laman sesawang tersebut untuk menikmati promosi pengenalan terhad ini.

Untuk mendapatkan maklumat serta promosi terkini, sila ikuti laman Facebook Bubs® Malaysia di https://www.facebook.com/bubsmalaysia dan laman Instagram di https://www.instagram.com/bubsmalaysia/.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING