THE WITCHES BAKAL MENYIHIR DI HBO GO & ON DEMAND ASTRO



Peminat di Malaysia boleh menghela nafas lega apabila filem yang ditunggu-tunggu ramai karya asal Roald Dahl iaitu The Witches akan mula ditayangkan buat kali pertama secara eksklusif menerusi platform penstriman HBO GO dan On Demand Astro pada Jumaat, 29 Januari. Dengan penayangan terus ke HBO GO, filem teatrikal ini akan memberi peluang penonton Malaysia untuk menikmati kisah klasik tersebut mengikut keselesaan di rumah terutama pada waktu pandemik yang mencabar ini.

Filem tulisan Dahl yang dibikin semula untuk penonton era moden oleh sutradara, Robert Zemeckis - yang telah memenangi anugerah Oscar. Beliau juga pencerita master yang turut telah melahirkan Forrest Gump, klasik Krismas The Polar Express dan trilogy Back to the Future mengisahkan komedi gelap dan menawan hati tentang seorang anak yatim pada era 1967 yang tinggal bersama neneknya yang tersayang di kawasan pedalaman bandar Alabama di Demopolis. Apabila budak tersebut dan neneknya menemui beberapa tukang sihir yang sangat glamor tetapi sangat jahat, dia dengan bijak membawa cucunya melancong ke pusat peranginan mewah di tepi laut. Malangnya, mereka tiba tepat pada masa yang sama apabila Grand High Witch telah menjemput kesemua kroninya dari seluruh dunia – dalam keadaan meyamar - demi melaksanakan rancangan jahatnya untuk mengubah kanak-kanak dunia menjadi tikus.

Filem ini dibintangi pemenang Oscar Anne Hathaway (“Les Misérable,” “Ocean’s 8”) dan Octavia Spencer (“The Help,” “The Shape of Water”), calon Oscar Stanley Tucci (“The Hunger Games” films, “The Lovely Bones”), bersama Kristin Chenoweth (TV’s “Glee” dan “BoJack Horseman”) dan pelawak yang telah menang banyak anugerah, Chris Rock.  Bintang baharu Jahzir Kadeem Bruno (dari siri TV “Atlanta”) turut berlakon sebagai hero muda yang berani, di samping Codie-Lei Eastick (“Holmes & Watson”).

Untuk membawa karya Roald Dahl The Witches ke layar perak, Zemeckis disertai oleh sekumpulan pembikin filem bertaraf dunia termasuk Alfonso Cuarón, Guillermo del Toro dan Kenya Barris yang memberi sentuhan rasa humor segar bersama keceriaan dan juga beberapa elemen yang tidak disangka-sangka untuk filem yang pasti dinikmati oleh seisi keluarga.

Muat naik aplikasi HBO GO dari App Store atau Play Store melalui peranti anda atau akses HBO GO menerusi Astro atau melalui pautan https://www.hbogoasia.my/. HBO GO tersedia di Android TV, Apple TV, LG TV, Samsung Smart TV - dan dilengkapi dengan fungsi AirPlay dan Google Cast.

Astro On Demand tersedia untuk semua pelanggan melalui kotak Ultra atau aplikasi Astro GO. Selain itu, pelanggan Astro Movie Pack dapat menikmati akses HBO Go tanpa bayaran tambahan.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM