TRIUMPH LANCAR KOLEKSI AQUA FREESIA & AQUA ROSIE


Sempena Tahun Baharu Cina ini. semarakkanlah penampilan gaya anda dengan dua koleksi Triumph yang baharu iaitu -  Aqua Rosie dan Aqua Freesia. 


Koleksi Aqua Freesia yang mewah ini cukup secocok dengan sang puteri kerana ia menampilkan perincian renda dua tona yang berkilauan, dengan corak yang diinspirasikan oleh alam semula jadi. Lapisan WINCOOL® inovatif dan lapik telus udara aqua yang ultra ringan mewujudkan rasa nyaman dan selesa pada kulit di keadaan cuaca yang lebih panas. 

Triumph - Aqua Freesia 

Koleksi Aqua Freesia ini kini boleh didapati dalam rona merah jambu lembut, ungu manja dan hitam dengan wayar push up lurah V dipadankan dengan seluar dalam mini atau hipster. Menjadikannya lebih istimewa, Aqua Freesia kini boleh didapatkan dalam corak musim terkini. 

Triumph - Aqua Rosie

Aqua Rosie dalam tona merah-cili menyerlahkan aura yang menawan dengan pelapik push-up aqua serta lapisan modal amat lembut bagi menonjolkan lurah dada tanpa menjejaskan keselesaan. Kedua-dua rekaan ini menampilkan potongan gaya lurah V paling trendy pada musim ini. 



Aqua Freesia dan Aqua Rosie boleh didapatkan sekarang masing-masing pada harga RM 249 (coli) & RM 79.90 – RM 89.90 (celana dalam). 

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT

ELDON, JENAMA PHARM-D HEALTH SCIENCE, METERAI KERJASAMA DUTA JENAMA DENGAN SELEBRITI CHAN FONG AND HENLEY HII, RAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS