VIXSTARR PERTARUH SINGLE SULUNG BERJUDUL ‘QHAPLA JINGGA’


Lagu ‘Qhapla Jingga’ merupakan buah tangan pertama daripada artis rap baharu, Vicknesharajan Amarthalingam atau lebih dikenali dengan nama pentas Vixstarr. 

Vixstarr yang berasal dari Pulau Pinang bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat antarabangsa di Kuala Lumpur. Beliau berkecimpung di dalam arena seni kerana minat yang mendalam dan merupakan seorang peminat KRU sejak di bangku sekolah lagi. Menariknya, Vixstarr dalam Bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris. 

Tampil dengan lagu rentak rap, lagu ‘Qhapla Jingga’ ini hasil ciptaannya sendiri. Dia menghabiskan masa lapang sejak dalam tempoh PKP dengan menyesuaikan bilik anaknya menjadi studio muzik dan mengambil masa tiga bulan untuk menghasilkan lagu single pertamanya. Tanpa sebarang pengalaman sebagai dalam bidang kejuruteraan bunyi, beliau telah mempelajarinya sendiri daripada Youtube dan laman web berkenaan. 

Qhapla Jingga adalah salah satu terma 'slang' yang diguna di Pulau Pinang yang bermaksud cuai. Sambil berhibur, lagu ini juga menyelitkan pesanan kepada para pendengar agar tidak bermusuh-musuhan sesama sendiri.


Dengari Qhapla Jingga: 

Dekati Vixstarr di Media Sosial:


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN

“ALUNAN SYAWAL DI KAMPUNG PESISIR” – THE CURVE PERSEMBAHKAN KONSEP KAMPUNG AIR & LAGU RAYA SULUNGNYA

HOSPITAL PICASO ANGKAT KESEDARAN ENDOMETRIOSIS MENERUSI IFTAR RAMADAN DAN PANEL HARI WANITA SEDUNIA