MARS PETCARE LANCAR KEMPEN ‘DATE WITH YOUR PET’


Pada Hari Valentine ini, raikan haiwan kesayangan anda dengan tawaran istimewa dari Kedai Rasmi Whiskas dan Pedigree di Shopee dan Lazada. Apabila anda membeli produk dari laman-laman tersebut, Mars Petcare menjemput rakyat Malaysia untuk menyebarkan rasa sayang terhadap haiwan yang memerlukan kasih sayang dengan menjadikannya sebagai haiwan angkat atau memberi sumbangan melalui platform beli-belah dalam talian.

“Di kala kita memanjakan haiwan kesayangan kita pada Hari Valentine ini, ingatlah juga kepada banyak haiwan peliharaan yang masih ternanti-nanti untuk mempunyai kediaman yang kekal. Menerima kehadiran anjing atau kucing ke rumah anda boleh membawa persahabatan dan mendidik anak-anak pelajaran yang berharga mengenai tanggungjawab untuk menjaga makluk hidup yang lain,” kata Phua Fui Ching, Pengarah Nutrisi Haiwan Peliharaan D-Commerce Mars Petcare Asia Tenggara. “Bagi mereka yang buat masa ini tidak boleh memberikan penjagaan sewajarnya kepada haiwan peliharaan baru, ada pelbagai cara lain untuk menunjukkan keprihatinan dan kami berharap semua rakyat Malaysia mempunyai rasa ihsan untuk memberi sedikit bantuan, yang sangat diperlukan di pusat perlindungan terutama pada masa yang mencabar ini.”

Dari 14-28 Februari ini, kunjungilah kedai rasmi Mars Petcare Whiskas dan Pedigree di Shopee dan Lazada untuk membeli pakej produk istimewa. Pembeli terbanyak berpeluang untuk memenangi rantai SHEBA bertatah Swarovski yang eksklusif bernilai RM499! Sebagai tambahan, pembeli juga boleh menunjukkan rasa kasih sayang terhadap haiwan terbiar dengan mengambil haiwan angkat melalui Shopee atau menyumbang makanan untuk mereka di Lazada.

Pembeli yang mempunyai ruang di hati dan rumah mereka untuk mengambil haiwan angkat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan hanya mengklik sepanduk Date With Your Pet di laman utama Shopee untuk disambungkan terus ke halaman kempen yang akan memaparkan pusat perlindungan PAWS di mana anda boleh mengetahui mengenai proses pengambilan haiwan angkat. Untuk 20 pengambilan haiwan angkat pertama yang berjaya bukan sahaja akan menerima kasih sayang dan penghargaan dari haiwan peliharaan baru mereka, bahkan juga bekalan makanan haiwan peliharaan selama sebulan yang merangkumi pilihan makanan kering dan basah serta snek.

Dilancarkan pada 1987, sejak dahulu PAWS terkenal sebagai penyokong pengambilan haiwan angkat dan memberi perlindungan kepada purata 400-500 haiwan. Bertempat di Subang Jaya, ia bergantung sepenuhnya kepada sumbangan dan dana yang diperoleh melalui acara kebajikan yang dikendalikan oleh sukarelawan.

Anda juga boleh memberi sumbangan untuk haiwan-haiwan terbiar melalui Lazada di mana 10% daripada jumlah keseluruhan bagi setiap pembelian dari Kedai Rasmi Whiskas dan Pedigree akan disalurkan ke FurryKids Safehaven, pusat perlindungan haiwan di Seremban yang didedikasikan untuk memberi kehidupan lebih baik kepada haiwan jalanan yang ada di situ. Hanya klik pada sepanduk Date With Your Pet untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pusat perlindungan ini dan bagaimana anda boleh membantu.

Sumbangan 10% itu akan ditukarkan kepada produk makanan haiwan, yang bakal disampaikan ke FurryKids Safehaven selepas kempen berakhir. Ikuti halaman Whiskas dan Pedigree di Lazada dan dapatkan makluman terkini acara yang akan bersiaran langsung pada 15 hb Februari ini!


Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Date With Your Pet, sila kunjungi:

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM