Pop, platform runcit yang diciptakan untuk membantu usahawan mengembangkan perniagaan serta mempamerkan produk mereka telah melancarkan konsep membeli-belah baru dan tawaran pelbagai saluran secara rasminya pada 6 Januari 2021. Sesuai dengan misinya untuk terus membantu pengusaha dari rumah, minda kreatif, dan perniagaan unik yang berasaskan minat, Pop kini telah mempelbagaikan perkhidmatannya untuk membolehkan para peniaga menjual secara digital dan juga fizikal – berbanding dengan tawaran penjualan sebelumnya hanya di ruang fizikal.
Ruangan runcit ini dizahirkan semula berkonsepkan arked membeli-belah, menjadikannya salah satu pembangunan arked pertama dalam pusat membeli-belah di Malaysia dengan pelbagai barangan unik, bermanfaat, dan buatan tangan. Keseluruhan konsep ini membentuk satu kompleks yang mewakili setiap peniaga dengan laluan pejalan kaki yang saling berhubung, membolehkan pengunjung berjalan dari satu unit ke satu unit seperti di UK, Eropah, dan Jepun dengan laluan berbumbung.
|
Penyewa utama - Peralatan Rumah Bear |
|
Kecantikan |
|
Beg & Aksesori |
|
Fesyen Wanita |
Sebagai satu kaedah untuk membantu kehidupan lebih selesa bagi masyarakat dunia moden, Pop juga meraikan penambahan penyewa utama baru – iaitu
Bear Malaysia, yang mengkhusus dalam jualan peralatan rumah dan dapur kecil seperti periuk rebusan elektrik, periuk kesihatan pelbagai fungsi, pelembap udara, bekas makan tengah hari elektrik, dan sterilisasi botol bayi. Kecenderungan perkembangan teknologi dan inovasi menjadikan alat dan peralatan rumah yang canggih semakin penting untuk kegunaan kehidupan seharian bagi manusia abad ke-21, agar dapat menjimatkan masa dan usaha muntuk menyelesaikan rutin rumah secepat mungkin.
|
Makanan |
|
Cenderahati |
|
Peralatan Rumah |
|
Kelengkapan Bilik Tidur |
Sebagai tempat membeli-belah sehenti bagi pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat, Pop The Arcade adalah tempat di mana anda boleh mendapatkan apa sahaja yang anda cari dari pelbagai jenama dan sektor. Ruangan kedai konsep baru ini – sebesar 5,800 kaki persegi – menempatkan lebih daripada 40 peniaga dari sektor pakaian fesyen, perhiasan, aksesori kecantikan, beg pelbagai gaya, barang hobi & haiwan kesayangan, peruncit makanan bebas, tumbuh-tumbuhan, pakaian & peralatan yoga, peralatan rumah tangga, katil dan tilam, produk penjagaan diri, dan hadiah unik.
|
Makanan |
|
Makanan |
|
Permainan & Hiasan |
Bagi mengatasi rintangan komoditi, Pop The Arcade memberi tumpuan kepada segmen konsumer dengan penyusunan zon tertentu dalam arked runcit bagi membolehkan pengunjung mencari jenis barangan yang sesuai dengan mereka – termasuk fesyen, makanan, peralatan rumah tangga, dan barangan gaya hidup. Melalui dua strategi utama iaitu pengasingan dan pembahagian, arked berkonsep baru ini mewujudkan keseimbangan antara keselesaan dan keselamatan semasa membeli-belah kerana pengunjung dapat mengurangkan kontak secara bersemuka dan mematuhi prinsip penjarakan sosial semasa melawati zon yang luas dan mudah dikunjungi.
Dengan mengambil kira jenis produk yang digemari oleh pengunjung, susun atur ruangan arked diubahsuai dengan efektif untuk menampilkan penawaran istimewa produk Pop bagi menarik pengunjung membeli-belah dan berbelanja.
|
Charles Wong, Executive Director of Pop The Arcade & Alicia Tham, Accounts and Operations Manager of Pop The Arcade |
"Pop dijenamakan semula sebagai konsep arked membeli-belah agar tetap relevan sebagai nadi dan jiwa komuniti usahawan, teras utama ekonomi runcit, dan tempat liburan bagi pengunjung di mana-mana sahaja. Mengambil kira kesan pandemik Covid-19, kami perlu mencari jalan untuk menarik keinginan pengguna dalam membuat keputusan pembelian mereka. Kami sangat berharap arked berkonsep baru ini dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang baik dan menyenangkan untuk semua pengunjung tidak kira barang apa yang anda cari,” kata Charles Wong, Pengarah Eksekutif Pop The Arcade.
|
Bunga & Tumbuhan |
|
Aksesori Yoga |
|
Pakaian Yoga |
Digitalisasi Pop juga memberikan banyak peluang kepada para peniaga untuk mengurangkan kesulitan pelanggan, dan pada masa yang sama mewujudkan titik kesenangan kerana pembeli kini boleh membeli-belah dalam talian secara selesa dari kediaman mereka. Untuk meraikan pembukaan Pop, pembeli dapat menikmati potongan RM 5 dengan perbelanjaan minimum RM 30 di
www.popshop.my selagi stok masih ada.
Sambil mengalukan transformasi digital pada masa pandemik Covid-19, Pop juga masih meneruskan tawaran fizikalnya – berdasarkan pemahaman bahawa banyak pembeli masih ingin melihat atau merasakan produk secara langsung. Gabungan pelbagai produk yang menarik akan meningkatkan rasa baru dalam penawaran runcit Pop The Arcade, sekaligus memberi pelanggan rasa yang tidak dijangka dan menarik minatnya untuk mencari apa yang diinginkan.
Sebagai tempat tumpuan hiburan bagi masyarakat setempat, Pop The Arcade berfungsi untuk menambahkan aspek liburan di pusat membeli-belah The School by Jaya One, supaya pembeli dapat datang dan mencari produk unik, tempatan, dan buatan tangan bersempena dengan perayaan tahun baru.
Bagi jenama tempatan yang ingin mengembangkan perniagaannya, Pop mengalu-alukan perbincangan dan kolaborasi dengan cadangan nilai yang lebih luas untuk penjualan dalam talian dan luar talian. Usahawan yang berminat boleh menghantar e-mel di
popstars@jayaone.com.my untuk memastikan perniagaan anda terus maju.
Comments
Post a Comment