5 IDEA EFEKTIF UNTUK KURANGKAN BIL AIR & ELEKTRIK



Memandangkan ramai yang sudah mendaftar dan juga menerima suntikan vaksin COVID-19, para optimis di antara kita amat menanti-nantikan untuk meneruskan kehidupan harian seperti waktu sebelum berlakunya pandemik ini. Tidak sabar kita menunggu untuk kehidupan kembali normal namun tidak dapat juga kita nafikan bahawa banyak perubahan yang telah berlaku dan apa yang sebelum ini dianggap normal kian berubah. Antara perubahan-perubahan yang telah dilalui banyak yang memanfaatkan diri seperti perubahan sikap untuk mengutamakan kesihatan dengan bersenam di rumah, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, meluangkan masa untuk mengasah kemahiran dalam sesuatu bidang yang diminati, dan mengambil peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Sekatan akibat pandemik telah memaksa kita untuk melakukan kerja harian dari rumah dan tidak lagi perlu kita meredah jalan yang sesak untuk ke pejabat, tidak lagi dapatnya kita keluar bersenam. Kediaman kita sudah bertukar menjadi pejabat dan kelas sekolah.

Apabila kediaman dijadikan satu-satunya tempat untuk melakukan segalanya setelah sekolah dan pejabat dipaksa tutup, peningkatan penggunaan elektrik di rumah tidak dapat dielakkan. Perubahan ini menyebabkan penurunan yang drastik dalam penggunaan elektrik bahagian komersil dan industri. Tambahan pula, apabila di rumah, peralatan seperti pemanas air, penghawa dingin, ketuhar gelombang mikro, periuk aruhan, mesin basuh dan mesin pengering serta penggunaan lampu juga menambah kepada penggunaan tenaga elektrik. Apa lagi dengan internet yang sentiasa disambung. Ada banyak faktor yang mengakibatkan kenaikan bil elektrik seperti kabel yang tidak dicabut. Walau bagaimanapun, berapa ramai di antara kita yang memerhatikan penggunaan elektrik bagi setiap perkakas di rumah?

Selain itu, sebahagian besar daripada penduduk Lembah Klang telah mengalami gangguan air waktu pandemik ini akibat pencemaran oleh pihak ketiga. Gangguan air ini telah meninggalkan jutaan isi rumah dalam keadaan yang tidak selesa dan mengakibatkan kesukaran buat perniagaan dan sektor industri yang memerlukan bekalan air yang stabil. Oleh sebab yang demikian, ianya penting untuk kita memahami bagaimana untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air di kediaman masing-masing, terutama waktu musim kemarau dan waktu penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.


1. Gantikan peralatan rumah yang lama (dan usang!) dengan peralatan pintar ‘hijau’

Gajet mesra alam yang menenangkan dan meringankan minda anda dengan sifat hijau mereka sambil mengurangkan penggunaan elektrik.

Sekatan akibat pandemik telah melahirkan ramai tukang masak yang minat mencuba resipi baru dan ini menyebabkan mereka meluangkan masa yang lebih banyak di dapur. Penukaran perkakas di dapur ke perkakas pintar boleh membawa banyak manfaat untuk semua. Sebagai contoh, peti sejuk yang diperakui Energy-Star dianggap sesuai untuk pemilik rumah kerana ia dapat membantu meningkatkan kecekapan tenaga. Energy-Star adalah sijil yang diberikan kepada peralatan penjimatan tenaga yang membuktikan kecekapan tenaga dengan kurang menggunakan elektrik. Walau bagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya bagaimana anda dapat meningkatkan kecekapan pada peranti yang sentiasa berfungsi - jawapannya ialah peti sejuk yang diperakui Energy-Star biasanya menjimatkan tenaga 9% lebih banyak daripada model lain yang tidak diperakui.



2. Memasang Lampu LED

Memasangkan lampu LED yang jimat tenaga di rumah anda akan menjimatkan lebih banyak elektrik dan ia juga mesra pengguna!

Salah satu pilihan terbaik untuk nilai wang anda dan untuk mewujudkan kediaman cekap tenaga adalah untuk menggantikan lampu sedia ada dengan lampu LED. Pencahayaan secara ratanya menyumbang 25% daripada kos tenaga rumah dan oleh itu, penggunaan lampu LED dapat meningkatkan penjimatan anda. Lampu LED mungkin lebih mahal dibandingkan lampu biasa tetapi ianya penting untuk penjimatan kos untuk jangka masa panjang.


3. Mengendalikan pam kolam renang dengan cekap (Parti kolam sepanjang hari!)

Membersihkan kolam anda adalah satu kemestian untuk memastikan ia bersih dan selamat uituk dinikmati oleh semua

Waktu musim panas, kita akan sering memikirkan cara paling mudah untuk menyejukkan badan dan berenang atau berendam di dalam kolam renang merupakan cara yang paling menyeronokkan. Namun begitu, yang lebih penting buat orang ramai waktu sekarang adalah tahap kebersihan kolam tersebut. Lagi-lagilah waktu pandemik ini, ramai yang tertanya-tanya tentang keselamatan kolam renang. Sebagai pemilik rumah yang mempunyai kolam renang di kawasan rumah atau sedang memikir untuk membina kolam di rumah, wujudnya satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu pilihan peralatan kolam yang cekap tenaga.

Kolam renang di kawasan rumah boleh menyumbang 17% daripada jumlah bil elektrik anda dan ada beberapa komponen kolam yang memang kuat makan tenaga. Oleh sebab itu, penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat, Waterco Malaysia, yang merupakan satu-satunya syarikat penapisan yang dianugerahkan sijil Climate Care mempunyai rangkaian EnviroPro baru yang unik. Rangkaian baru ini terdiri daripada peralatan kolam berkualiti tinggi yang cekap dan menjimatkan air. Dengan pilihan yang tepat, sesiapa pun mampu memiliki kolam di rumah tanpa perlu risau akan bil elektrik dan kos penyelenggaraan yang tinggi.


Contoh pembersih kolam renang oleh Waterco's Robotic Pool Cleaner yang mengeluarkan banyak kotoran dari dasar kolam renang.



4. Cabut plag elektrik apabila tidak digunakan!

Cabut plag elektrik apabila anda tidak perlu menggunakannya dan jadikan tabiat ini satu kebiasaan. Ini kerana plag elektrik yang tidak dicabut boleh makan tenaga. Walaupun elektrik yang dibazirkan mungkin tidaklah sebanyak mana, tetapi sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit! Ada peranti yang mudah dicabut dan ada juga yang susah untuk dicabut, tetapi adakah anda tahu berapa banyak elektrik yang digunakan oleh peranti tersebut juga tidak dicabut?

Cabut semua peranti yang tidak digunakan untuk mengurangkan risiko

Kos tenaga pasti akan meningkat. Jimatkanlah wang anda dengan tabiat yang mudah ini. Ia juga dapat memastikan keselamatan dengan mencegah lonjakan kuasa di rumah anda terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil di rumah.



5. Penjimatan air di rumah

Jangan biarkan penggunaan air anda diluar kawalan; tutup paip air anda apabila tidak digunakan!

Air boleh digunakan semula. Salah satu kaedah paling mudah untuk menjimatkan air adalah dengan menggunakan semula air. Cara yang paling mudah yang boleh kita praktikkan hari ini adalah dengan menggunakan air bilasan beras untuk menyiram pokok bunga di rumah supaya tanam-tanaman dibekalkan nutrien yang mencukupi. Air bilasan beras boleh juga digunakan untuk rambut agar ia bersinar dan urut pada kulit kepala agar ia kekal sihat.

Bilik mandi adalah tempat di mana kita paling banyak membazir air lagi-lagilah apabila kita khayal waktu mandi sambil menyanyi dan memikirkan segala apa yang terlintas di fikiran! Untuk mencegah masalah pembaziran, anda boleh memasang pemasa mandi. Alat ini menggunakan teknologi pintar untuk mengukur jumlah air yang digunakan setiap orang dan ia akan berbunyi apabila anda mengambil masa terlalu lama di bilik mandi. Peranti ini boleh dipasang dengan mudah ke paip pancuran.

Dengan menerapkan beberapa perkara di atas dalam kehidupan seharian, anda dapat menjimatkan wang dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sambil memastikan keselamatan iklim. Buatlah perubahan seperti diatas untuk mengurangkan bil utiliti tanpa menjejaskan keselesaan anda!


Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI