ARIF RAFEE TERUS TABAH HADAPI DUGAAN KEHIDUPAN

 

Hampir berlalu setahun sudah artis muda ini menyepi. Impiannya untuk melebarkan sayap ke Indonesia masih belum menjadi kenyataan kerana penutupan sempadan negara masih dilaksanakan bagi menbendung pandemik Covid-19.  Apa khabarnya Arif Rafee? Jom kita baca perkembangan terbaru bekas kumpulan nyanyian Zerone ini.

1) Apakah memori yang Arif sukar dilupakan setelah setahun kita mengharungi dunia yang dilanda Covid-19?

Sepanjang tempoh PKP banyak dugaan serta rintangan saya hadapi dalam kehidupan yang tidak dapat dilupakan, Impak pandemik terbesar yang dialami oleh saya -  diberhentikan kerja dengan notis 24 jam dan diarah untuk mengosongkan pejabat kerana operasi syarikat ditamatkan dengan serta-merta. Hanya perasaan sebak sahaja dapat saya rasai apabila mengenang nasib sendiri dan juga melihat rakan-rakan sekerja yang turut terputus sumber pencarian. Saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Mersing, Johor untuk memikirkan langkah seterusnya.

Saya membantu ibu saya berniaga nasi lemak untuk menampung kehidupan sekeluarga. Alhamdulillah, syukur walaupun secara kecil-kecilan, kami masih mendapat rezeki yang halal ketika pandemik Covid-19,



2) Apakah perkembangan baharu Arif?

Saya sedang sibuk menguruskan dan menolong ibu saya meniaga nasi lemak dan menimpan hasrat untuk membuka kedai nasi lemak sendiri satu hari nanti. Nama kedai sudah saya fikirkan dalam perancangan - Nasi Lemak Pekan Mersing. Insyallah! 

Walaupun saya banyak dapat tawaran cover untuk iklan tetapi buat masa ini saya terpaksa menolak sebarang tawaran disebabkan kengkangan kawalan pergerakan di kala  peademik Covid-19. Saya juga sedang fokus kembali untuk mencari pekerjaan tetap untuk membantu keluarga saya.


3) Bagaimanakah persiapan tahun Ramadan and Raya ini?

Menjelangnya bulan Ramadan, pasti ada pelbagai kisah yang menggamit memori. Ada yang sayu. Ada yang gembira. Saya masih tidak dapat melupakan saat pemergian abang saya walaupun beliau telah hampir 5 tahun meninggalkan kami semua. Di lima tahun lepas, saya menjaga arwah abang yang terlantar sakit.  Di bulan Ramadan jugalah arwah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan riba saya, satu jam sebelum azan raya berkumandang.  

Saya sempat berbual, bergurau dan yang paling penting bersalaman sambil memitta maaf dengan arwah. Saya tidak menjangka rupanya ciuman dan salam itu adalah yang terakhir dari insan yang bergelar abang. Jiwa saya masih terasa kosong kerana kehilangannya buat selamanya,

Arwah abang saya yang banyak membantu keluarga terutamannya adiknya ketika dalam kesusahan. Setiap kali musim perayaan, arwah abang akan yang menyemarakkan suasana dengan macam-macam tetapi sekarang ia hanya tinggal bayangan dan kenangan sahaja.

Kini, saya sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Sekarang saya pula menggalas tanggujawab arwah abang saya untuk membantu keluarga saya. Walau apa yang terjadi, saya tidak pernah berputus asa. Dalam keadaan susah, saya tetap tersenyum untuk menyembunyikan seribu kesulitan. Biar orang lain mengata tetapi saya tetap bersabar kerana saya percaya rezeki Allah pasti ada, sama ada lambat atau cepat.

Saya merasa bersyukur kerana ada kawan-kawan yang sentiasa memberi kata semanggat kepada saya, terutamanya Muhammad Rasul dan juga Fathiah Safiha yang saya ibaratkan sebagai keluarga saya sendiri. Mereka sentiasa memberi dorongan dan semangat setiap kali saya menghadapi kesusahan. 

Persediaan untuk bulan Ramadan dan Hari Raya kali ini amat berbeza berbanding dengan sebelum ini. Disebabkan pandemik Covid-19, kami sekeluarga memilih untuk membuat sambutan ala kadar sahaja. Yang penting kita dapat merasakan nikmat berpuasa itu. Bersederhana itu lagi bagus dari pembaziran. Saya akan menyediakan juadah-juadah raya hasil air tangan saya sendiri - rendang kawah Pekan Mersing dan Sayur Lodeh Parit Raja pada setiap tahun. Ia adalah menu wajib yang ditunggu-tungu oleh jiran tetangga dan saudara terdekat untuk dinikmati bersama di pagi raya.



4) Apakah harapan kamu untuk tahun 2021?

Semoga tahun ini kita semua dikurniakan perkara yang baik-baik sahaja. Kita tidak mahu perkara yang terjadi sepanjang 2020 iaitu Covid-19 menghantui hidup kita selama-lamanya. Lebih-lebih lagi kesannya sangat buruk seperti ekonomi merudum, industri banyak terjejas dan juga tersekat. Jadi saya mengharapkan kedatangan 2021 membawa sinar baharu untuk kita semua. Pada masa sama, saya mengharapkan agar kita dapat menjalani kehidupan kita seperti sediakala. 

Jadikan pengalaman kehidupan kita sebagai pendorong erti sesebuah kejayaan. Usaha tawakal dan sabar itu adalah kunci kejayaan yang sebenar serta berserah kepada yang maha Esa yang memberi rezeki dan kejayaan seseorang dan maha melihat dan mendengar setiap perbuatan dan tingkah laku kita.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING