AVON LANCAR GALERI DIGITAL KISAH WANITA: MY STORY MATTERS

 


Kebimbangan terhadap wabak koronavirus telah memundurkan perjuangan terhadap kesetaraan jantina dalam beberapa dekad*. Ini mendorong syarikat kecantikan Avon melancarkan gerakan untuk meraikan pencapaian dan kisah wanita di seluruh dunia. Gerakan ini dikenali sebagai My Story Matters, yang menghubungkan kisah dan keperibadian wanita di seluruh dunia dengan meraikan pencapaian serta memberi inspirasi kepada insan lain untuk memenuhi keinginan mereka.

Berdasarkan penyelidikan global terbaru** oleh Avon, terbukti bahawa 92% wanita merasai peningkatan tekanan ketika wabak ini terjadi kerana tidak dapat bersemuka bersama orang tersayang, tekanan kewangan, keselamatan kerja dan sesi persekolahan di rumah. Di samping itu, separuh dari mereka mengakui bahawa mereka merasa kurang terhubung, mengakibatkan perasaan menjadi gelisah, terasing, kurang motivasi dan keraguan diri.

Hasil daripada penyelidikan itu mencadangkan bahawa kunci daya tahan wanita dan sumber kekuatan adalah dengan mendengar kisah-kisah berkait dan berkongsi pengalaman bersama yang lain, setiap hari. Dengan pendekatan ini, Avon menyeru orang ramai untuk berkongsi 1 juta cerita di platform ini. Sehingga kini, lebih dari 300,000 cerita telah disumbangkan ke galeri ini. Untuk meraikan setiap cerita di platform ini, Yayasan Avon akan menyumbang $1 kepada badan kebajikan yang menyokong wanita untuk membantu mewujudkan dunia yang lebik baik kepada wanita.

Galeri My Story Matters meraikan cerita kekuatan, keazaman dan kesungguhan, kemenangan yang luar biasa mahupun kejayaan yang dicapai setiap hari. Ia juga bertujuan untuk menyatukan orang ramai dalam masa yang sukar ini, dan menyediakan ruang yang dijamin selamat kepada lelaki dan wanita untuk berkongsi cerita dan pengalaman mereka yang berbeza, serta berhubung dengan orang lain di seluruh dunia.

Tan Mei Yen, Pengarah Urusan Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd

Tan Mei Yen, Pengarah Urusan Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn Bhd berkata: “Avon sentiasa komited dalam memperkasakan kehidupan. Di dalam dunia kita yang masih satu abad kebelakang dari kesetaraan jantina, dan hanya seperempat (24%) individu didengar, dibaca atau dilihat di akhbar, berita televisyen dan radio adalah wanita***, misi kami adalah untuk membantu wanita mengatasi halangan dan cabaran yang dihadapi, menjadi identiti diri yang sebenar dan itulah sebabnya kami mencipta galeri cerita digital terbesar di dunia untuk meraikan wanita. Ini adalah bukti hasrat Avon untuk memperkasa dan meningkatkan ekspresi mereka, dan kami mencari cara baru tanpa prejudis untuk suara mereka didengari. Kami berharap My Story Matters dapat menunjukkan bahawa setiap cerita mempunyai nilai dan layak diberi kesempatan untuk didengar dan dikongsi, dan tidak boleh dipandang rendah."

Di Malaysia, ini adalah antara cerita yang dikongsi:

“Di saat kami bersemangat untuk menjadi usahawan, kami juga berasa sangat khuatir untuk memulakan perniagaan ini. Kebimbangan terhadap penerimaan dan potensi risiko sering bermain sehinggalah penularan wabak tercetus dan membuka mata kami terhadap peluang tanpa had yang tersedia melalui rangkaian (network), hubungan dan saluran media sosial. Hari ini, perniagaan kecil kami telah berkembang berkat dari kepercayaan kami meneroka dan mendorong diri untuk melangkaui zon selesa kami.” -Aninna Dundang & Aninni Dundang, Sarawak

“Setelah bekerja sendiri selama 10 tahun, saya terus mencabar diri untuk melalui pelbagai fasa perubahan bagi menyesuaikan diri dengan pemilihan pengguna dan kemajuan teknologi yang terus berkembang. Perjalanan saya di dalam dunia perniagaan telah menjadikan saya seorang wanita yang kuat serta lebih berdaya saing dan harini, saya bukan sahaja telah menjadi lebih yakin dengan diri sendiri malah saya juga memberikan kembali apa yang telah saya pelajari serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan yang berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri.” -Evelyn Wong, Kuala Lumpur

Angela Cretu, Ketua Pegawai Eksekutif Avon

Angela Cretu, Ketua Pegawai Eksekutif Avon, berkata: “Di dalam dunia yang tiada kesetaraan suara, di dalam kehidupan seharian, kita mengumpul kekuatan dari individu seperti kita; dari mereka yang berkongsi pengalaman. Ini membantu memberi kekuatan apabila kita mendengar wanita lain juga bergelut dengan perkara yang sama seperti kita. Galeri My Story Matters akan memberi wanita peluang untuk bersuara, berkongsi cerita dan meraikan pencapaian mereka. Semakin banyak kisah yang kita himpunkan, dan semakin banyak model peranan positif yang boleh dipuji, semakin tinggi impak yang kita dapat.

My Story Matters telah dilancarkan ke seluruh dunia di kesemua tempat tumpuan pengguna Avon sejak dari Mac 2021 sebagai sebahagian dari kempen global Watch Me Now. Anda boleh menonton kisah My Story Matters di sini dan melakukan peranan anda dengan menyumbangkan kisah anda ke galeri digital global ini di sini. Galeri ini sudah mempunyai banyak kisah dan pengalaman, bermula dari pelbagai kisah keibuan dan karier, hingga insan-insan yang terselamat dari penyakit barah payudara dan keganasan rumahtangga.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING