TCRS RAIKAN RAMADAN DENGAN SAJIAN ‘AYAM SEDAP BAQ HANG’

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, seluruh umat Islam sedang bersiap sedia untuk menjalani ibadah puasa yang akan diikuti dengan Hari Raya Aidilfitri. Dengan adanya sekatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) disebabkan oleh pandemik, inilah masa yang terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan anda sambil menikmati hidangan baharu yang lazat ini – ‘Ayam Sedap Baq Hang’ oleh The Chicken Rice Shop (TCRS) hanya akan disajikan pada masa yang terhad sahaja iaitu dari 9 April – 13 Jun 2021.

‘Ayam Sedap Baq Hang’ menggambarkan keenakan menu ini dan pastinya dapat memikat citarasa rakyat Malaysia pada musim perayaan ini dengan menjanjikan kepuasan buat setiap pelanggan. Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ‘Ayam Sedap Baq Hang’ TCRS dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Dengan hidangan yang lazat ini, anda pasti akan kembali untuk menikmatinya.

June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa pandemik ini telah menyebabkan kebanyakan sambutan tradisi perayaan terpaksa ditunda seperti rumah terbuka yang selalu diadakan pada Hari Raya. Oleh itu, TCRS mengalu-alukan kedatangan seisi keluarga untuk makan di mana-mana cawangan mereka untuk membuka puasa dan menyambut perayaan yang menggembirakan ini dengan hidangan yang enak dan memuaskan.

“TCRS ingin memberikan ganjaran kepada pelanggannya pada bulan Ramadan ini dengan memberikan suasana Iftar yang bermakna sambil mencipta detik-detik berharga bersama orang yang tersayang. Dengan sajian istimewa yang dibuat khas untuk musim perayaan ini, kami yakin pelanggan kami akan berkunjung ke kedai kami bersama keluarga dan rakan-rakan mereka untuk berbuka puasa serta meraikan Hari Raya Aidilfitri,” kata June.

Sebagai sebuah syarikat tempatan, TCRS berharap untuk terus menyajikan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya.

“Slogan kami ‘Bukan Sekadar Nasi Ayam’ adalah pengasas kepada setiap inovasi dan ciptaan hidangan yang lazat, dan kami percaya bahawa ‘Ayam Sedap Baq Hang’ baharu ini semestinya hebat dan berbaloi.

“Jangan lupa untuk bawa orang yang tersayang untuk menikmati ‘Ayam Sedap Baq Hang’ sebelum berakhirnya promosi ini, kami pasti bahawa hidangan ini tidak akan mengecewakan anda,” kata June.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya TCRS atau promosi yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI