JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KEMBALI DENGAN FORMAT HIBRID

Andrew Yap (kiri), Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan BIG BAD WOLF Books dan Andrew Ashvin Pengarah Urusan Tropicana Gardens Mall di sidang media Jualan Buku BIG BAD WOLF

Wahai pencinta-pencinta buku! Bersedialah untuk Jualan Buku yang Terbesar di Dunia – Jualan Buku BIG BAD WOLF! Jualan buku besar-besaran yang dinanti-nantikan akan kembali dan menjelajahi Malaysia setelah sekian lama mendiamkan diri disebabkan pandemic Covid-19 yang melanda.

Jualan Buku Big Bad Wolf kali ini berbeza dengan edisi sebelumnya dengan menggabungkan jualan secara fizikal (on-ground) dan dalam talian dengan serentak. Jualan buku hybrid ini akan dilangsungkan di Tropicana Gardens Mall, Aras 3A Convention Centre, Kota Damansara, dari jam 10 pagi sehingga 10 malam and melalui platform dagangan dalam talian yang ditetapkan 24 jam mulai 29 April sehingga 10 Mei 2021.

Dengan diskaun sehingga 99% (buku dengan tawaran harga 1sen), para penggemar buku pasti akan mendapat penjimatan yang hebat di jualan tersebut. Sebanyak lebih 60,000 buku yang merangkumi pelbagai kategori dari novel popular ke fisyen sains, novel cinta, kesusasteraan, seni grafik, dan perniagaan ke seni bina, buku memasak, dan banyak lagi.

Para pembeli secara online di https://online.shopbigbadwolfbooks.com/ boleh mendapatkan khidmat penghantaran percuma di dalam Semenanjung Malaysia dengan pembelian minimum RM180 dan diskaun 50% bagi kos penghantaran dengan pembelian minimum RM80.

BIG BAD WOLF Books dan Tropicana Gardens Mall mengutamakan keselamatan dan kebersihan pengunjung-pengunjung yang tiba untuk jualan buku tersebut. Langkat-langkah pencegahan dan SOP yang ketat akan dikuatkuasakan sepanjang jualan. Pengunjung-pengunjung diwajibkan memalai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal di antara satu-sama lain. Pensanitasi tangan akan ditempatkan di tempat-tempat yang ditetapkan di serata dewan pusat persidangan. Pekerja-pekerja akan memastikan troli disanitasi dengan kerap dan suhu para pengunjung disukat sebelum mereka dibenarkan masuk.


Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila ikuti laman Media Sosial Big Bad Wolf Books menerusi laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/bbwbooks/ atau laman Instagram di @bigbadwolfbooks.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI