DRAMA BERSIRI ‘COVID OH COVID’ EKSKLUSIF HANYA DI iQIYI

 

Penyedia perkhidmatan penstriman video terkemuka iQiyi mengumumkan sebuah lagi drama terbaru TV3 mengisi slot tayangan di platform penstrimannya. Penyediaan ini selaras dengan perjanjian perkongsian kandungan drama yang dipersetujui di antara pengeluar dan pengedar kandungan terbesar di Malaysia, Primeworks Studio bersama iQiyi. ‘Covid Oh Covid’ adalah drama yang dipilih selepas drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ meraih jumlah tontonan tertinggi di TV3 bagi tambahan seleksi kandungan tayangan drama tempatan.

Drama bersiri 13 episod yang dibintangi oleh pelakon handalan Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Syafiq Kyle ini telah mula ditayangkan di slot Lestari, setiap jam 9.00 malam bermula pada 2 April hingga 23 April 2021.

‘Covid Oh Covid’ berkisar tentang kehidupan Tok Wan yang dilakonkan oleh pelakon popular tanahair, Umie Aida dan keluarganya yang unik yang berhadapan dengan pelbagai peristiwa lucu semasa tempoh MCO 2.0, Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Drama ‘Covid Oh Covid’ boleh distrim secara percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja anda berada di platform penstriman iQIYI www.iQ.com/local atau memuat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store atau melalui http: // bit. ly / iQIYI, pada hari yang sama ianya bersiaran di seluruh negara di saluran televisyen milik Media Prima, TV3. Sari kata turut disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Berikut adalah sinopsis ‘Covid Oh Covid’ yang disiarkan secara eksklusif hanya di iQiyi:

Habsah (Adibah Noor), anak perempuan Tok Wan, terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya jatuh cinta dengan seorang janda yang tinggal di sebelah surau. Selama ini suaminya sering menggunakan alasan ini untuk pergi ke surau. Namun, anak mereka, Shazrul (lakonan Nasiruddin Alaydrus) mendapat tahu mengenai matlamat ayahnya. Bersama kakaknya, Shazrul membuat rancangan untuk memecah belah keduanya.

Manakala cucu perempuan Tok Wan, Safura (lakonan Tiz Zaqyah) yang mengahwini penyanyi merancang untuk mengadakan konsert maya bagi mengumpulkan dana membantu mereka di sektor kreatif yang terjejas oleh wabak itu.

Seorang lagi cucu perempuan Tok Wan, Suhaila (Nora Danish), juga berdepan dengan masalah rumahtangga apabila suaminya mendapat tahu yang dia tidak boleh memasak dan hanya memesan makanan dari restoran selama ini!

Banyak lagi insiden yang melucukan dan menggelikan hati berlaku dalam kehidupan Tok Wan dan keluarganya. Bagaimanakah Tok Wan menghadapi dan mengatasinya? Adakah Tok Wan dapat menyatukan keluarganya kembali?


Jangan lupa menyaksikan kesemua 13 episod drama hebat ini hanya di iQiyi!

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?