FESTIRA KEMBALI DENGAN PERBELANJAAN TANPA TUNAI

Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Shari, Y.A.B. Dato' Seri Menteri Besar Selangor, memberi ucapan di Majlis Pelancaran Festira'21

Setelah berehat selama setahun, FESTIRA kini kembali dengan perbelanjaan tanpa tunai bagi menjamin keselamatan para peniaga dan pengunjung yang datang membeli-belah di bangunan milik PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) iaitu di SACC Mall, Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi. 

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Sr Fakru Radzi Ab Ghani berkata bahawa aktiviti jual beli tanpa tunai ini akan memudahkan para pembeli di mana mereka tidak perlu lagi beratur di mesin ATM, hanya menggunakan kad kredit atau kad debit atau hanya imbas pada kod QR yang telah disediakan untuk membeli-belah. 

Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Shari, Y.A.B. Dato' Seri Menteri Besar Selangor di Flagship Store Festira'21

“FESTIRA’21 bermula dari 26 Mac hingga 12 Mei ini dengan jualan juadah berbuka puasa di bazar ramadan, bazar aidilfitri, jualan atas talian di Bazaarlokal.com, kaunter zakat dan wakaf, PREC Syoknya Raya dan banyak lagi aktiviti menarik serta yang paling penting kami ingin memastikan keselamatan para pengunjung dan peniaga sentiasa diutamakan di mana kami menggalakkan pembeli berbelanja dengan menggunakan aplikasi Tulus”, ujar Radzi. Tulus Digital adalah rakan strategik pembayaran dalam penganjuran FESTIRA’21 di mana pengunjung hanya perlu memuatnaik aplikasi Tulus dan pembayaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR yang disediakan dan berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai lebih RM12,000. 

Dalam usaha meningkatkan kesedaran kempen ini, FESTIRA'21 juga akan memperluaskan kehadiran digitalnya tahun ini. PREC memulakan kempen digital ini untuk memberi insentif kepada pengguna untuk berbelanja di BazaarLokal.com, sambil memberi kekuatan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meningkatkan kompetensi perdagangan sosial (s-commerce) mereka dan memasarkan barangan mereka ke seluruh negara. 

Sepanjang FESTIRA'21, BazaarLokal akan memberikan kod promosi dan e-baucar bernilai RM10,000 * untuk berbelanja di BazaarLokal. Untuk menang, penonton harus mengikuti siaran langsung mingguan Bazaarlokal pada jam 6 petang setiap hari Sabtu dari 3 April hingga 1 Mei di Facebook dan Instagram BazaarLokal. 

Dihoskan oleh Qi Razali, Yaya Adalia, Didiyana Ehsan, Inora Noorzainy, Nuex Rosli dan Anida Salwani, penonton boleh mengumpulkan dan menebus kod promo bernilai hampir RM1,000. Pembeli juga berpeluang memenangi cabutan bertuah FESTIRA'21 mingguan. Mereka hanyalah perlu ‘Like’ atau ‘Follow’ laman BazaarLokal di Facebook dan Instagram, dan pada setiap minggu, dua pemenang daripada Instagram dan Facebook akan dipilih secara rawak dan akan diberikan kod promo bernilai RM100. 


“Lebih 200 bazar ramadan dan bazar Aidilfitri yang bakal disediakan sepanjang FESTIRA’21 selain pembeli juga boleh membuat pembelian secara atas talian melalui platform Bazarlokal yang telah dilancarkan sejak Mac lalu selain berpeluang memenangi pelbagai tawaran menarik seperti baucar membeli-belah”, tambah Radzi. 

Pematuhan SOP yang telah disarankan oleh Kerajaan seperti penyediaan pintu masuk dan pintu keluar yang berbeza, pendaftaran pengunjung melalui Selangkah atau MySejahtera, kawalan jumlah pengunjung akan sentiasa diutamakan bagi memberi keselesaan kepada semua pengunjung sekaligus membendung penularan wabak Covid-19. 

FESTIRA’21 telah pun dihangatkan dengan jualan bazaar Aidilfitri pra-ramadan di Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi dan SACC Mall yang telah bermula pada 26 Mac ini sehingga hujung Ramadan dengan aneka kuih raya, baju raya, kelengkapan Aidilfitri dan banyak lagi dengan tawaran yang menarik. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai FESTIRA'21 sila lawati laman media sosial @bazaarlokal @pknsrealestateofficial @saccmall @komplekspknsshahalam @komplekspknsbangi 

* Semua hadiah tertakluk kepada terma dan syarat.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"