HWGG CAPITAL & GEA LIMITED PERLUAS KHIDMAT KIRIMAN WANG



HWGG Capital P.L.C. (“HWGG Capital”) hari ini mengumumkan Kerjasama dengan Global E-money Alliance (“GEA”), sebuah platform perbankan sosial global dan penyedia perkhidmatan kewangan paling pantas berkembang yang berpusat di Hong Kong. Usaha sama ini membolehkan penyepaduan penyelesaian kiriman e-wang antarabangsa GEA disepadukan ke dalam ekosistem blockchain HWG CASH. Ia membolehkan pemindahan wang dibuat dengan segera dan selamat menggunakan aset digital seperti HWG CASH dan Tether (USDT) ke mana-mana akaun bank asing yang ditetapkan sebagai pengiriman antarabangsa.

GEA yang dilancarkan pada 2019 adalah sebuah platform perbankan sosial global bersepadu untuk institusi kewangan bertumpukan pelanggan yang menyediakan perkhidmatan pembayaran, mesej segera dan pemindahan dana saling beroperasi tanpa gangguan di 160 buah negara.

Melalui kerjasama ini, HWGG Capital akan memperkembangkan perkhidmatan pemindahan wang globalnya melalui rangkaian global sedia ada GEA di 8 buah negara dan lebih 100,000 lokasi pemindahan wang. Sebagai contoh, penerima di Filipina kini boleh menerima wang d akaun bank yang dikirim dari luar negara dari pengguna aset digital melalui Aplikasi HWGCash.

“Kami sangat teruja dengan kerjasama ini kerana ia meningkatkan nilai ekosistem kami dengan membolehkan satu saliran transaksi baru di mana kiriman dapat dihantar menggunakan aset digital,” kata Mavis Mok, Ketua Pegawai Eksekutif HWGG Capital. “Kerjasama ini membolehkan pengguna Aplikasi HWGCash membuat pengiriman tanpa nilai transaksi minimum pada kadar pengendalian yang rendah ke semua negera dan mata wang yang disokong,” tambah Mok.

Aplikasi HWGCash yang dilesenkan di bawah Lembaga Perkhidmaatan Kewangan Labuan (LFSA) menghubungkan pasaran digital dan tradisional di mana syarikat tradisional boleh menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengguna aset digital, yang kemudiannya boleh diproses menjadi mata wang fiat untuk pembayaran.

Baru-baru ini, penambahan ciri terkini AMPLIFY kepada Aplikasi HWGCash membolehkan aplikasi tersebut menyediakan perkhidmatan pelaburan segera menggunakan aset digital ke instrumen kewangan lain seperti Dana Pertumbuhan & Hartanah, menjadikannya platform perkhidmatan pembayaran aset digital berlesen penuh yang pertama di Asia yang menawarkan produk kewangan dari bank pelaburan atau institusi kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pengiriman aset digital dan Aplikasi HWGCash, sila layari www.hwgcash.com atau hubungi talian khidmat pelanggan: +6017-6076157.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3