INDAHNYA SYAWAL KEMERIAHAN DIRAI DI KL EAST MALL

 

Kesucian dan keindahan bulan Ramadan itu lahir dari amalan refleksi diri, meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, serta berbuat baik kepada masyarakat. Menyemarakkan ketiga-tiga nilai murni ini, KL East Mall, sebuah pusat membeli belah milik penuh Sime Darby Property mengambil inisiatif untuk membantu dan menyumbang kepada Yayasan Pendidikan Insani melalui kempen Hari Raya Aidilfitri pertamanya.

 (Kiri) En. Al Mustaqeem Mahmod Radhi - Executive Director of Yayasan Pendidikan Insani (INSANI) & Dato' Azmir Merican – Group Managing Director of Sime Darby Property.


INSANI merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan penjagaan pencegahan awal, terapi serta pendidikan kepada 50 orang kanak-kanak autism yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

Memperkenalkan Beg Jinjing Amal bersama Datuk (Dr.) Chef Wan and Fiziwoo. 

KL East Mall memulakan kempen Indahnya Syawal Kemeriahan Dirai pada hari ini dengan menyasarkan kutipan minima RM50,000 untuk kanak-kanak dan keluarga di bawah yayasan tersebut. Mulai sekarang sehingga 16 Mei, pembeli dapat bersama menyokong usaha ini dengan menyumbangkan minimum RM10 dan berpeluang untuk mewarna kepingan suai gambar daripada sebuah karya seni yang besar yang akan dihadiahkan kepada Yayasan. Pembeli juga boleh menyumbang sebanyak minimum RM 35 dan menerima beg tote eksklusif yang direka oleh jenama fesyen Malaysia, Fiziwoo dengan kerjasama chef terkenal Datuk Redzuawan Ismail, yang lebih dikenali sebagai Chef Wan.

KL East Mall Hari Raya menerima summbangan daripada Habib Group. (Kiri) En. Al Mustaqeem Mahmod Radhi & (Kanan) Dato' Sri Meer Habib dari Habib Group

Selain itu, Habib yang secara rasminya teleh membuka cawanganya di KL East Mall hari ini turut berjanji untuk menyumbang 100% hasil jualan 300 kepingan emas tulen edisi terhad yang bernilai RM118 setiap satu kepada INSANI.

Persembahan Koleksi Hari Raya Habib di majlis pelancaran kempen Indahnya Syawal Kemeriahan Dirai.kempen Indahnya Syawal Kemeriahan Dirai. 

Mengambil kesempatan pelancaran Tanggungjawab Sosial Korporat KL East Mall ini, Datuk Chef Wan dan Fiziwoo telah memberikan sumbangan mereka kepada INSANI sebagai pemulaan inisiatif amal ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Dato’ Azmir Merican berkata, “Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) melaporkan kira-kira 9,000 kanak-kanak dilahirkan dengan autisme pada setiap tahun di Malaysia. Jumlah tersebut sangat tinggi, namun kesedaran mengenai perkara ini masih rendah. Autisme merupakan salah satu gangguan perkembangan kanak-kanak yang paling cepat berkembang dan mesti suarakan di platform yang lebih luas.



“Kesedaran mengenai autism dapat ditingkatkan hanya dengan menyuarakanya. Sebagai pemaju hartanah yang bertanggungjawab, Sime Darby Property berperanan secara aktif mengajurkan beberapa inisiatif berkaitan dengan usaha ini. Kami berbangga mengadakan kempen ini yang memberi tumpuan kepada sebuah komuniti yang telah lama diketepikan.

KL East Mall bertujuan untuk mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran mengenai autisme melalui kempen ini, serta mewujudkan ruang untuk organisasi seperti INSANI untuk berkongsi kepakaran berkaitan penjagaan serta rawatan buat individu yang mengalami gangguan perkembangan seperti autism. Ketahui lebih lanjut mengenai INSANI, autisme dan kempen ini di Kaunter Informasi G1.


Sebagai persiapan bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, KL East Mall telah menghias indah atrium dengan bunga anggerik gergasi serta dekorasi batik dan anyaman tradisional. Pembeli boleh melangkah ke ruangan pentas hadapan untuk bergambar bersama anggerik gergasi atau melihat pemandangan taman anggerik dari gazebo tradisional yang disediakan.

Sepanjang tempoh kempen, pembeli juga boleh menebus barangan* seperti sampul raya hijau eksklusif apabila mereka membelanjakan RM60 ke atas dalam satu resit dan pinggan premium bagi perbelanjaan minimum RM 200 tidak lebih dua resit.

Dapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti di KL East Mall di kleastmall.com, Facebook (facebook.com/kleastmall.my), Instagram (instagram.com/kleastmall) dan aplikasi mobil KL East Mall (tersedia untuk dimuat turun melalui App Store dan Google Play)

*Sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI