NUKILAN SEBUAH KISAH CINTA ANTARA JIWANG & JUWITA


Benarkah cinta itu sudah tertulis? Adakah ianya mitos dan sandiwara? Tahun 2020, penularan virus berbahaya yang telah mengubah kehidupan hampir setiap nyawa di planet biru bagaikan butang reset di tekan. Kenapa ianya bukan virus cinta? Alangkah lebih baik kalau virus cinta itu yang tersebar di seluruh dunia, setiap insan pasti angau dan berada di awang-awangan termasuk aku si gadis gempal yang pendiam tapi sering menjadi tumpuan mata yang memandang dengan niat ingin berkenalan lebih rapat.

Hahaha, maaf tapi anda semua bukan sama kelas dengan aku. Bukan memilih, tetapi ia sememangnya mustahil. Pilihan pasangan yang aku cari mestilah kacak, berbadan sado, pandai berenang dan vegetarian seperti aku. Siapa kata gempal tidak boleh mempunyai cita rasa yang tinggi? Siapa kata Erra Fazira sahaja boleh menjadi heroin seperti dalam cerita Cinta Kolestrol.

Sejak virus itu melanda keseluruh pelusuk dunia pada penghujung tahun 2019, tempat yang aku diami sekarang menjadi suram hari demi hari. Tiada gelak tawa dan tiada riang gembira, sepi bagaikan padang sahara.

Dulu, Bandar Hipster ini menjadi tumpuan orang ramai yang memburu makanan tempatan seperti Nasi Ganja dan Ayam Taugeh. Taugeh di pekan ini tumbuh dengan sihat dan besar di sebabkan air semulajadinya yang beralkali tinggi. Struktur geo-nya yang dikelilingi bukit batu kapur adalah punca pertama mengapa aku berpindah ke sini dari benua asal ku, 4,675 batu dari sini.

Sebelum sepi dan sunyi pekan ini, aku sentiasa berhajat untuk merawat hati yang telah lama kosong. Bukan hobi ku mencari kekasih seperti budak-budak milenium dengan aplikasi temu janji di alam maya mereka. Aku mencari siapakah sang putera yang bakal hadir ke dalam hati luka dan lara ini.

Setiap malam aku bertanya sang purnama bilakah bintang hajat akan merialisasikan impian daku. Pada suatu hari, si baju hijau membawa berita yang terindah bagiku. Desas-desus mengatakan bahawa, ada penghuni baru yang akan berpindah masuk ke kerajaan ku tidak lama lagi. Ura-ura mengatakan si penghuni baru ini memenuhi kriteria idamanku. Kacak, sado, pakar selam dan juga vegetarian sepertiku.

Saban hari aku menunggu kehadiran penghuni baru, hati yang meronta-ronta ini semakin lama semakin perlahan kerana yang dinantikan tidak kunjung tiba. Ku bertanya sang rembulan, adakah ia sekadar khabar angin atau mitos? Dimanakah sang putera hati ku?

Bulan pertama tahun 2021, hari yang bersejarah buatku dan penduduk pekan bersara ini. Ia bukan lagi mitos atau sandiwara. Sang putera hati akhirnya tiba, memperkenalkan dirinya dengan nama Jiwang. Juga berasal dari benua yang sama tempat asalku, kacak, berbadan sado dan merupakan mamalia paling kuat di bumi biru ini.

Aku perkenalkan diriku kepadanya sebagai Juwita nama yang diberi. Mempunyai minat yang sama dan ingin mengenalnya lebih lanjut lagi. Dia tersenyum dan tunduk tanda setuju sambil memberikan buah tembikai kepada ku. Diri ini bagaikan dibuai mimpi, rama-rama menari di dalam hati. Indah sungguh perasaan ini. Semoga ia kekal abadi.

Apakah episod seterusnya kisah kami selepas pertemuan yang pertama? Mungkinkah cinta akan bersemi? Adakah ia takdir yang tertulis bagi pasangan semi-akuatik ini? Anda boleh menjadi saksi kisah cinta Jiwang & Juwita di Sunway Lost World Of Tambun pada Syawal 2021 ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari.... https://sunwaylostworldoftambun.com/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

BUKAN SEKADAR HIBURAN, FILEM "MEREKA YANG TERTEWAS' MENGAJAK PENONTON MERENUNG MAKNA KEHIDUPAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.