PELAYARAN IQIYI STARSHIP 2026: ESTHER YU BAKAL MEMBUAT PENAMPILAN PERDANA DI MALAYSIA


iQIYI International, platform penstriman terkemuka di Asia, dengan secara rasmi mengumumkan bahawa iQIYI Starship 2026 akan melancarkan persinggahan pertamanya di Malaysia pada 7 April 2026. Pada tarikh tersebut, Duta Global Antarabangsa iQIYI, Esther Yu (虞书欣) membuat penampilan khas di Zepp Kuala Lumpur dengan bertemu penonton di Malaysia buat kali pertama.

Berikutan sambutan yang meriah terhadap pelbagai pengaktifan iQIYI Starship di seluruh Asia Tenggara tahun lepas, Malaysia telah dipilih sebagai persinggahan pertama jelajah 2026, mencerminkan komitmen berterusan iQIYI untuk memperdalam kehadirannya di pasaran Malaysia.


Esther Yu telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Global Antarabangsa iQIYI pada November tahun lalu. Karya-karya beliau yang terkenal termasuk Love Between Fairy and Devil (2022), My Journey to You (2023), dan Sword and Fairy (2024), boleh didapati di iQIYI International. Semasa acara tersebut, beliau juga akan memberi respons kepada sokongan padu yang diberikan oleh penonton Malaysia bagi drama asal iQIYI, Speed ​​and Love (双轨), yang dibintanginya, dan berkongsi kisah di sebalik tabir serta pandangan tentang wataknya.

Speed ​​and Love merupakan sebuah drama-C original iQIYI. Berpusat di sekitar dunia perlumbaan kompetitif, siri ini menggabungkan tema pertumbuhan, penemuan diri dan ketegangan emosi.

Sejak pelancarannya, drama ini telah mencetuskan pelbagai perbincangan yang rancak di seluruh Asia Tenggara dan telah muncul sebagai salah satu judul drama-C yang paling banyak diperkatakan di rantau ini.


Akses Eksklusif untuk Ahli Tahunan Antarabangsa iQIYI Malaysia

Peluang penyertaan untuk acara iQIYI Starship 2026 Malaysia akan diutamakan bagi ahli VIP Tahunan Antarabangsa iQIYI Malaysia.

Butiran lanjut tentang mekanik penyertaan dan informasi terkini acara tersebut akan diumumkan melalui platform media sosial rasmi iQIYI Malaysia.

Untuk maklumat terkini, sila ikuti:

Instagram: @iqiyimalaysia
TikTok: @iqiyi_malaysia
Facebook: iQIYI Malaysia



Comments

Popular posts from this blog

STARBUCKS MALAYSIA MERAIKAN RAMADAN DENGAN KEMPEN ‘KONGSI-EID FORWARD

SHOPEE 38 JUALAN HARI WANITA MENGETENGAHKAN JENAMA WANITA BERTERASKAN IMPAK