PILIHAN SEGAR DAN UNIK DI HAB BUAH-BUAHAN MBG SELAYANG


Tanpa mengira anda seorang pengguna atau penjual buah-buahan sceara kecil-kecilan, Hab Buah-buahan MBG Selayang menawarkan pelbagai pilihan buah-buahan unik tempatan dan import dengan harga diskaun yang menarik untuk pembelian kuantiti yang kecil mahupun secara borong. Inilah destinasi yang hebat untuk membeli bekalan buah-buahan untuk Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang!

Hab Buah-buahan MBG Selayang terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian Runcit, Bahagian Dingin Buah-buahan, Gudang dan Bahagian Borong. 

Buah-buahan yang telah dibungkus untuk sedia dimakan. 

Pilihan aneka buah-buahan tempatan dan import di Bagian Jualan Runcit Hab MBG

Kesegaran buah-buahan adalah terjamin

Bukan sahaja buah-buahan, Hab MBG Selayang juga menawarkan beraneka sayur-sayuran segar.

Ruang gudang yang berhawa dingin memastikan kesegaran buah-buahan kekal dengan lebih lama. 

Buah tembikai untuk jualan borong.

Sempena bulan Ramadan, pelbagai jenis kurma juga boleh didapati di MBG. 

Pemilik MBG, En. Adnan Lee menunjukkan buah kurma muda segar kepada pelawat Hab Buah-buahan MBG Selayang. 

Hab MBG ini menjamin kesegaran buah-buahan yang dijual. Harga jualan adalah berpatutan dengan diskaun 20% - 50% berbanding dengan kedai-kedai runcit lain. Antara buah-buahan unik yang diimport khas oleh MBG adalah buah naga kuning (piyata) Ecuador, buah tin segar, strawberi Korea, kurma Barhi, buah markisa, ceri, anggur Sapphire dan sebagainya. Memang rambang mata dibuatnya!


HAB BUAH-BUAHAN MBG SELAYANG 

Alamat: Lot 639, Jalan Batu Hampar, Off Jalan Ipoh, Batu 7, 68100, Selayang, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Setiap hari 5.00 pagi - 6.00 petang

No. Telefon: 016 2798 603 (Azmer)/ 016 6824 603 (Azizeh)




Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

FOR THE REASONS THAT MATTER: KEMPEN SERANTAU PERTAMA PERTINGKAT KESEDARAN KESIHATAN RESPIRATORI DEWASA

VITAHEALTH DIAKUI PENERAJU PRODUK KESIHATAN BERASASKAN KUNYIT MALAYSIA OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KESIHATAN INTIM LELAKI: PREMIER CLINIC BUKA JALAN BAHARU DENGAN TEKNIK KHATAN ZSR

BAKAL TIBA PADA 19 MEI DI MALAYSIA: SIRI HUAWEI WATCH FIT 5 BAHARU, WATCH ULTIMATE DESIGN EDISI SPRING, DAN FREECLIP 2 DALAM WARNA BERRY PURPLE