PROMOSI SAJIAN RAMADAN BERTARAF LIMA BINTANG DI DESARU COAST
Berlatar belakangkan hotel-hotel, resort dan tarikan yang terkenal di seluruh dunia, termasuk Anantara Desaru Coast Resort & Villas, The Westin Desaru Coast Resort, Hard Rock Hotel Desaru Coast, dan The Els Club Desaru Coast, Desaru Coast telah merancang pelbagai sajian makanan pada bulan Ramadan yang bertaraf lima bintang. Tawaran hebat ini bermula dari 13 April hingga 12 Mei 2021 di seluruh destinasi.
Setiap hotel dan tarikan destinasi bakal menghidangkan pelbagai jenis bufet, menu set dan tawaran à la carte, kepada tetamu dan pelawat secara eksklusif. Hidangan disediakan oleh tukang masak yang terlatih dan berpengalaman serta di antara yang terbaik di Malaysia, setiap restoran telah mencapai tahap yang tertinggi dalam menyajikan masakan tradisional Malaysia, dengan hanya menggunakan bahan masakan yang berkualiti dan terpilih sahaja.
Selera Citarasa Johor |
Selain itu, untuk benar-benar menikmati tawaran bufet Ramadan bertaraf lima bintang di destinasi ini, seratus pengunjung bakal berpeluang menikmati hidangan bufet di seluruh Desaru Coast dengan membeli Pasport Sajian Ramadan yang berharga RM150, promosi buat julang kalinya ini akan dilancarkan secara ekslusif di www.desarucoast.com. Terhad kepada 100 pembelian pertama dalam talian, tetamu boleh menikmati sajian masakan yang menarik ini sambil menghayati Ramadan dan menjamu selera di mana-mana tiga daripada empat restoran di seluruh destinasi.
"Kesemua restoran signature di destinasi kami terkenal dengan pelbagai jenis masakan. Dalam usaha kami untuk menjadikan bulan ini lebih bermakna bagi para tetamu, kami memperkenalkan buat julung kalinya, Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast dimana para tetamu boleh menikmati tiga bufet makan malam yang hebat dengan harga satu makan malam bufet hotel. Pasport terhad ini juga memberi peluang kepada tetamu untuk mencuba menu dan suasana yang berlainan sepanjang bulan Ramadan hanya di destinasi ini.
"Pada asasnya, Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast membolehkan anda menikmati hidangan Ramadan kami bukan satu, bukan dua, tetapi tiga restoran terkemuka di destinasi kami. Tetamu kami boleh kembali beberapa kali sepanjang bulan Ramadan untuk menikmati menu serta suasana yang berbeza, dan tawaran ini merupakan sesuatu yang sesuai untuk seisi keluarga dan golongan korporat," kata Hoe Teck Wei, Ketua Jualan dan Pemasaran, Desaru Development Holdings One Sdn. Bhd.
"Dalam memupuk semangat kemasyarakatan dan keharmonian, Desaru Coast menerima seberapa banyak tetamu dengan tangan terbuka baik daripada seisi keluarga mahupun golongan korporat untuk menjamu selera bersama kami dan merasai sendiri pengalaman sajian yang lebih bermakna dan penuh keberkatan sepanjang bulan Ramadan," tambah Teck Wei.
Pasport Sajian Ramadan Desaru Coast
Restoran dan tempat yang mengambil bahagian:
- Turmeric di Anantara Desaru Coast Resort & Villas
- Seasonal Tastes di The Westin Desaru Coast Resort
- Sessions di Hard Rock Hotel Desaru Coast and
- Els Ballroom di The Els Club Desaru Coast, Ocean Course.
Pasport ini adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat.
13 April hingga 12 Mei 2021
Harga: RM150
Tempah dalam talian www.desarucoast.com
Sebarang pertanyaan, hubungi Concierge Destinasi di talian 07-277 2058 atau Whatsapp +6019 791 2217
Anantara Desaru Coast Resort & Villas
Turmeric
Istilah yang lebih ramai, lebih meriah adalah maksud Ramadan ini di Tumeric, bertemakan Selera Malaysia ini menawarkan tiga menu tersendiri untuk dipilih oleh tetamu. Pelbagai hidangan utama yang lazat termasuk Pari Masak Asam Pedas, Sambal Kupang, Daging Masak Kicap Berempah, Kambing Kurma Berkentang serta kegemaran Siam.
Tempahan yang dibuat sebelum 16 April membolehkan anda menambah dua tetamu tambahan untuk menjamu selera secara percuma bagi setiap 10 orang dewasa yang membayar. Tetamu yang membeli promosi “Early Bird” berpeluang memenangi penginapan 3H2M termasuk sarapan untuk dua orang, atau sesi Anantara Spa percuma untuk dua orang.
13 April hingga 12 Mei 2021
Harga: RM128 (Dewasa) RM64 (Kanak-kanak)
Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi 07-828 0888 atau e-mel kepada fb.ades@anantara.com
Westin Desaru Coast Resort
Seasonal Tastes
Seasonal Tastes menghidangkan tetamu dengan Selera Citarasa Johor yang terdiri daripada pelbagai hidangan tempatan Johor. Hidangan tradisional yang unik ini tidak boleh dinikmati di tempat lain selain daripada di destinasi kami, selain itu terdapat hidangan sampingan yang akan melengkapkan sajian tradisional anda seperti Ulam-Ulaman Desa, Sambal-Sambal Tumbuk, Warisan Rempah dan Kari Chef Parthiban.
19 April hingga 16 Mei 2021
Harga: RM128 seorang
Waktu operasi: 6.30 petang – 10 malam
Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi 07-838 3333 atau e-mel kepada sales.desaru@westin.com
Hard Rock Hotel Desaru Coast
Sessions
Sajian masakan Desaru Coast diteruskan di Sessions di Hard Rock Hotel. Sajian Makan Malam Malaysia ini menampilkan hidangan tempatan seperti Asam Pedas Betis Kambing, Pajeri Nenas Udang Masak Ros dan Kambing Golek. Tempah awal dan nikmati promosi “Early Bird” untuk lebih penjimatan!
13 April hingga 12 Mei 2021
Harga: RM98 bersih (dewasa), RM49 bersih (kanak-kanak)
Sessions juga menghidangkan makan malam bufet yang bertemakan Rocking Raya pada 13 dan 14 Mei dengan harga RM108 bersih untuk setiap orang dewasa dan RM54 bersih setiap kanak-kanak.
Waktu operasi: 6.30 petang – 10.30 malam
Untuk tempahan atau pertanyaan, emel fnbmarketing@hrhdesaru.com atau whatsapp 011-1111 0899.
The Els Club Desaru Coast, Ocean Course
Els Ballroom
Kelab Els adalah salah satu kelab golf terulung di negara ini, dengan padang golf bertaraf dunia yang direka khas oleh Ernie Els sendiri. Untuk bulan Ramadan ini, Kelab Els juga merupakan lokasi bagi majlis makan malam separa bufet iaitu Els Sinar yang menampilkan menu Selera Kampung. Menu ini menggabungkan dome set, gerai dan pelbagai hidangan bufet untuk dipilih oleh tetamu. Sajian nostalgia termasuk Kambing Pangang, Daging Kalio, Sotong Masak Hitam dan Ikan Masak Minang. Tempahan awal turut mendapat diskaun!
16 April hingga 9 Mei 2021
Harga: RM80 (dewasa) RM4 0(kanak-kanak). Early Bird Specials untuk tempahan sebelum 14 April: RM65 (dewasa)
Waktu operasi: 6.30 petang – 9.30 malam.
Untuk tempahan atau pertanyaan, emel ravindran.sundaram@elsclubmalaysia.com atau hubungi 016 774 4038.
Comments
Post a Comment