“RASA SAYANG, RASA KUAT” DENGAN QUAKER OATS DI RAMADAN INI

 

Sempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, Jenama Oat No.1 di Dunia* Quaker Oats – telah memulakan sebuah kempen yang mengujakan bagi rakyat Malaysia untuk menunjukkan khasiat Oat; sejenis bijirin versatil yang digelar “super grain”, terutamanya semasa bulan puasa.

Kempen “Rasa Sayang, Rasa Kuat” yang bakal berlangsung selama satu bulan ini bakal memberikan sorotan kepada nilai-nilai nutrisi oat, dengan kandungan serat, protein, beta glukan, dan vitamin-vitamin dan garam galian penting terutamanya zat besi yang menyokong daya imun badan, serta menjadi satu keperluan yang penting bagi mereka yang berpuasa.

Kempen ini bertujuan untuk memaklumkan kepada mereka yang berpuasa tentang cara memanfaatkan “super-grain” ini pada setiap minggu dengan menjadikan oat sebahagian daripada makanan untuk sahur dan berbuka puasa melalui penyediaan makanan secara kreatif.

“Kami merasa teruja untuk memulakan kempen yang bermakna ini di bulan puasa. Kempen ‘Rasa Sayang, Rasa Kuat’ bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan penglibatan secara aktif daripada mereka yang berpuasa, tetapi juga berperanan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka dengan menawarkan maklumat yang berguna dan praktikal untuk menikmati kebaikan oat di bulan Ramadan,” kata Melinda Ong, Pengurus Pemasaran Quaker Malaysia.

Mengulas dengan lebih lanjut tentang aspek nutrisi oat, Dr. Kit Phanvijhitsiri, Pengurus R&D dan Sains Hayat PepsiCo Asia berkata, “Pemakanan kita memainkan peranan yang penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan baik dalam keperluan harian kita. Sementara sumber semula jadi zat besi di dalam oat menyokong daya imun, kandungan serat yang tinggi di dalam oat membolehkan mereka yang berpuasa untuk merasa kenyang dengan lebih lama sambil membekalkan mereka tenaga yang tersedia. Ia adalah satu kurniaan alam yang boleh diraikan dengan seisi keluarga. Inilah sebab mengapa kami memulakan kempen “Raya Sayang, Rasa Kuat”, yang bukan sahaja menonjolkan manfaat-manfaat oat, tetapi juga menunjukkan pelbagai cara menarik untuk menggunakan bijirin yang versatil ini bagi melengkapkan pemakanan kita.”

Untuk menjayakan matlamat kempen “Rasa Sayang, Rasa Kuat”, Quaker Oats telah bekerjasama dengan cef selebriti Anis Nabilah. Di samping menjadi pakar kulinari sejak 14 tahun lalu dengan lebih daripada 50 penampilan TV, cef yang menjadi kesukaan ramai ini terkenal dengan pendekatan “tiada apa yang mustahil” dalam cara memasak dan nutrisi. Dengan minat yang mendalam dalam seni kulinari dan misi untuk memperkasakan sesiapa sahaja untuk menjadi pakar kulinari, Cef Anis juga dikenali dengan kemahiran memasak “era baharu”, dengan penekanan kepada cara memasak dan penyediaan ala Asia.

Kempen “Rasa Sayang, Rasa Kuat” bakal menampilkan Cef Anis Nabilah dalam satu siri empat webisod yang dirancang dan disusun dengan rapi, dan bakal disiarkan dalam tempoh empat minggu di bulan Ramadan. Setiap episod mingguan bakal menampilkan Cef Anis bersama seorang pempengaruh Malaysia yang ternama. Dengan gandingan kepakaran mereka, Anis dan setiap pempengaruh akan membincangkan cabaran-cabaran yang spesifik dan keperluan yang terlibat di setiap minggu sepanjang bulan puasa, termasuk demonstrasi cara penyediaan satu hidangan yang ringkas tetapi enak setiap minggu; yang semuanya menggunakan satu ramuan yang hebat – Quaker Oats!

Empat epsiod yang bakal ditampilkan adalah seperti berikut:

MINGGU

TOPIK

PEMPENGARUH

1

Pemakanan dan nutrisi semasa berpuasa

Sazzy Falak

2

Kecergasan dan kesejahteraan semasa berpuasa

Nana al-Haleq

3

Kekal bertenaga di bulan Ramadan

Atita Haris

4

Rasa dan tampil hebat dalam membuat persiapan Raya

Elcah Hashah

 “Saya merasa amat teruja untuk memulakan kempen Quaker Oats yang bermakna ini. Apa yang saya boleh dedahkan sekarang adalah setiap webisod membawakan banyak perkara yang boleh dipelajari, menampilkan satu resepi setiap minggu yang menggunakan ramuan oat yang versatil. Para penonton akan mengetahui pelbagai cara yang menarik untuk menyediakan hidangan yang enak dengan menggunakan oat. Anda semestinya tidak mahu ketinggalan untuk mempelajari resepi-resepi tersebut, yang bukan sahaja berkhasiat malah enak dimakan. Yang paling menarik lagi adalah hidangan-hidangan yang bakal ditampilkan cukup mudah disediakan dengan menggunakan oat dan ramuan-ramuan lain yang boleh didapati di dapur, menjadikan semuanya ideal untuk sahur dan berbuka puasa. Tambahan pula, para tetamu undangan bakal membincangkan pelbagai topik mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi pada setiap minggu menjelangnya Hari Raya Aidilfitri,” kata Chef Anis Nabilah.


Tandakan kalendar anda hari ini dan tonton webisod “Rasa Sayang, Rasa Kuat” di saluran Youtube Quaker Malaysia: https://bit.ly/3rWaTnq atau laman Facebook Quaker Malaysia: https://www.facebook.com/QuakerMalaysia.

*Sumber Euromonitor International Limited; Edisi Makanan Berbungkus 2021, mengikut definisi bijirin panas, jualan nilai runcit; rsp, semua saluran runcit, data 2020. 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!