KERJASAMA RUFFEDGE & SUGARBOMB PERBAHARUI LAGU "DA BOMB"


Kempen “Kau Memang Da Bomb” oleh SugarBomb Worldwide Sdn Bhd yang telah dimulakan pada Februari tahun ini sepertinya semakin menampakkan hasil dengan teknik pemasaran yang dilihat berjaya menaikkan lagi nama SugarBomb apabila mereka memilih untuk berkolaborasi dengan kumpulan Ruffedge.

Kolaborasi syarikat SugarBomb bersama kumpulan Ruffedge ini akan tampil bersama dengan Lagu dan MV Da Bomb mereka yang diberikan nafas baharu dengan gubahan lirik dan muzik video yang akan dilancarkan pada tanggal 6 April 2021. Kumpulan Ruffedge akan membawakan semula lagu Da Bomb mereka ini setelah diubah suai bagi mengembalikan era Pop R&B yang pernah menjadi kehangatan pada zaman kegemilangan kumpulan tersebut dahulu.

Kanumbu Agussalim selaku Pengurus Besar SugarBomb berkata, “Kolaborasi ini dipilih berikutan konsep dan lirik lagu Da Bomb itu sendiri amat bersesuaian dengan kempen ‘Kau Memang Da Bomb’ yang dijalankan mereka. Aura kumpulan Ruffedge amatlah hebat dan masih relevan hingga kini, lagu-lagu nyanyian mereka dahulu juga masih diminati ramai dan mereka mempunyai kelompok peminat yang amat besar dari pelbagai golongan bermula dari kanak-kanak hingga dewasa. Kolaborasi ini juga adalah usaha sama bagi menaikkan semula genre Pop R&B yang dilihat semakin dilupakan golongan muda terutamanya, juga sebagai inspirasi bagi melahirkan lebih ramai penyanyi di dalam genre yang sama.”

Menurut salah seorang anggota kumpulan Ruffedge, Azan Addin, “Projek ini merupakan kerjasama yang pasti akan menarik perhatian media dan pengikut muzik tempatan, selain peminat tegar kumpulan tersebut berikutan gubahan lirik dan muzik video yang baharu itu. Kami yakin, bahawa lagu Da Bomb yang telah diubah suai ini akan mengembalikan semula memori lagu tersebut dan berharap semua peminat menerima dengan baik versi baharu lagu ini setelah versi pertama pada tahun 2005”.

Kumpulan Ruffedge yang dianggotai oleh Azan Addin, Cat Farish, Mode, Sein Qudsi dan Zain Hamid yang pernah menjadi fenomena melalui lagu popular mereka seperti Bila Rindu, Khayalan dan Tipah Tertipu dan banyak lagi lagu-lagu mereka yang menjadi siulan ramai.

 

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA