X-KIOSK : PENYELESAIAN BAYARAN GAYA HIDUP DIGITAL OLEH OPENSYS

Denis Koay, Naib Presiden Pemasaran OpenSys (M) Berhad membuat demonstrasi fungsi X-KIOSK.

OpenSys (M) Berhad (“OpenSys”), penyedia penyelesaian terkemuka dalam industri perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan utiliti memainkan peranannya untuk merapatkan jurang digital melalui pelancaran produk inovatif terkininya “X-KIOSK” – satu penyelesaian bayaran gaya hidup digital yang membawa kemudahan kepada komuniti yang memerlukan.

Pelancaran X-KIOSK yang menyepadukan teknologi ke dalam gaya hidup rakyat Malaysia ini adalah hasil usaha sama dengan GoBiz oleh U Mobile, TNG Digital, dobiQueen dan ECO-Shop. Pelancaran maya hari ini telah dihadiri oleh lebih daripada 70 peserta termasuk rakan kongsi dan tetamu OpenSys.

Walaupun penerimaan e-dagang dan bayaran digital telah melonjak naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kumpulan komuniti, terutamanya dalam segmen B40 yang tidak terhubung secara digital seperti komuniti lain. Tunai masih menjadi kaedah bayaran pilihan mereka kerana komuniti ini mungkin kurang kemudahan dari segi akaun bank, kad dan e-Wallet untuk tujuan pembayaran.

OpenSys yang menyedari keperluan untuk menangani masalah seperti ini dalam komuniti yang memerlukan telah membangunkan X-KIOSK dan melancarkan rangkaian perkhidmatannya pada hari ini. Pelancaran X-KIOSK membawakan gaya hidup digital kepada komuniti kerana ia menawarkan pilihan yang mudah untuk membuat bayaran. Pengguna boleh membuat bayaran untuk diri sendiri atau bagi pihak orang lain menggunakan kiosk tersebut untuk menambah nilai prabayar, menambah nilai e-Wallet, menukar kad SIM, penjualan kad SIM, bayaran bil dan bayaran semula pinjaman.

Eric Lim, Ketua Pegawai Eksekutif OpenSys melancarkan Kiosk-X dengan membuat transaksi pertama

Eric Lim, Ketua Pegawai Eksekutif OpenSys berkata, syarikat tersebut percaya bahawa X-KIOSK telah diposisikan dengan baik untuk menyokong inisiatif MyDigital kerajaan Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup bayaran digital.

“Kami gembira dengan pencapaian yang besar ini kerana X-KIOSK akan membawa lebih banyak kemudahan kepada komuniti yang memerlukan untuk gaya hidup digital yang lebih baik. Proses membuat bayaran kini lebih mudah kerana X-KIOSK menawarkan mod bayaran yang paling lengkap dari segi tunai, kad kredit/debit dan e-Wallet. Ia juga merupakan platform yang membolehkan pengguna menukar tunai kepada e-Wallet supaya komuniti yang memerlukan dapat turut melibatkan diri dalam ekonomi digital,” kata Lim.

Pada tahun ini, sehingga 120 unit X-KIOSK akan diletakkan di lokasi gaya hidup berasaskan komuniti dengan trafik yang tinggi seperti cawangan runcit (termasuk ECO-Shop dan dobiQueen), kedai serbaneka, bangunan kediaman, universiti dan kolej.

X-KIOSK juga bertindak sebagai saluran perkhidmatan bayaran tambahan yang tidak memerlukan pelaburan dalam bentuk fizikal dari peniaga yang mengambil bahagian. Ia menyediakan kehadiran fizikal tambahan di lokasi komuniti, menjadikannya saluran yang menawarkan keberkesanan kos untuk membina kehadiran jenama. Ia juga akan membantu meningkatkan kunjungan ke premis yang mengambil bahagian, menjadikan kawasan depan kedai lebih menyerlah, memberi lebih nilai dan kemudahan kepada pelanggan. OpenSys juga akan bekerjasama dengan lebih banyak pedagang, pemberi bil, pengeluar dan pemilik premis untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kepada komuniti.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA