ALAMILAH KECERIAAN WARNA HARI RAYA “COLOURS OF EID” DI AVENUE K

 

Sempena Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, Avenue K Shopping Mall membawakan keceriaan kepda para pengunjung dengan kempen ‘Colours of Eid’ – sebuah pengalaman membeli-belah yang imersif dan menceriakan. 


Diilhamkan daripada seni batik tradisional, sebuah perkampungan batik yang lengkap dengan sebuah pondok yang indah telah dibina di tengah-tengah Atrium Avenue K.




Di sini, para pengunjung boleh membuat persiapan hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan mendapatkan pelbagai barangan yang ditawarkan seperti busana Muslimah, aksesori, cenderahati dan aneka biskut raya mulai 16 April sehingga 23 Mei 2021




Bukan sahaja indah, hiasan di Avenue K juga mengimbau nostalgia dan sempurna sebagai latar belakang untuk selfie atau foto OOTD.




Pengunjung yang berbelanja RM250 ke atas dalam satu hari, berpeluang untuk mencuba nasib di Joyous Eid Extravaganza Claw Machine. Baucar-baucar dengan nilai berjumlah RM200,000 menanti untuk “dicekup” oleh pelanggan-pelanggan yang bertuah!

Sampul duit raya eksklusif Avenue K juga boleh ditebus dengan pembelian setiap RM150.

Orag ramai juga dialu-alukan untuk menyertai peraduan FB ‘Find The Missing Batik Piece’ yang berlangsung sehingga 9 Mei 2021, di mana mereka dikehendaki untuk mencari kepingan suai-padan (jig saw puzzle) yang hilang. Hadiah-hadiah menarik menanti pemenang-pemenang dan tiada bukti pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan ini.




Jangan ketinggalan untuk mengunjungi Avenue K dan menikmati ‘Colours of Eid’ mulai 16 April sehingga 23 Mei 2021 di Atrium, Aras G. Waktu operasi 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO