IKEA SERU PELANGGAN PULANGKAN PRODUK HEROISK & TALRIKA

 


IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki pinggan, mangkuk, dan koleh HEROISK atau TALRIKA untuk berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk mendapatkan bayaran balik penuh.

Keselamatan merupakan keutamaan teratas IKEA dan dengan itu pihak IKEA sedang mengambil langkah berhati-hati serta memanggil balik pinggan, mangkuk, dan koleh HEROISK dan TALRIKA kerana ia boleh pecah dan berkemungkinan mengakibatkan melecur disebabkan kandungan yang panas. Produk IKEA telah diuji serta mematuhi standard dan perundangan yang diguna pakai. Meskipun begitu pihak IKEA telah menerima laporan bahawa produk ini telah pecah, namun tidak ada insiden sedemikian yang telah dilaporkan di Malaysia.

HEROISK dan TALRIKA boleh dikembalikan di kaunter Penukaran dan Penukaran di mana-mana gedung IKEA untuk mendapatkan bayaran balik. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.

IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul disebabkan oleh pemanggilan balik produk ini.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL