PUSAT MEMBELI-BELAH IPC PELAWA PENGUNJUNG RAIKAN RAYA KAW KAW

Menjelang Hari Raya, Pusat Beli-belah IPC membawakan suasana perayaan ke setiap rumah melalui kempen Raya Kau Kaw Kaw. Mulai sekarang hingga 23 Mei 2021, para pengunjung akan dapat menikmati keindahan pusat beli-belah yang dihiasi meriah dengan suasana Raya ‘kaw kaw’, manakala komuniti dalam talian pula akan dapat merasai semangat Hari Raya dengan tawaran ‘retailtainment’ digital yang disediakan oleh pusat beli-belah ini.Dengan gelagat pengguna yang sentiasa berubah berikutan pandemik COVID-19, kempen Raya Kau Kaw Kaw menyasarkan komuniti tanpa mengira stail beli-belah mereka. Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, IPC akan memberikan ganjaran kepada pembeli yang membuat pembelian di kedai dan menerusi saluran perdagangan sosial mereka. Semangat komuniti akan disemarakkan di pusat beli-belah yang mempelawa para pengunjung untuk mengabadikan momen indah penuh bermakna berlatarkan hiasan yang bertemakan Hari Raya dan menikmati persembahan tradisional istimewa pada hujung minggu.

Sebagai pusat beli-belah yang mesra keluarga, IPC akan turut membuka laman dalam yang lengkap berhias, yang terletak di belakang Machines di Aras G, yang membolehkan keluarga yang berkunjung menikmati pengalaman ‘Berbuka Sambil Berkelah’ ketika mereka berbuka puasa bersama-sama dari jam 6 petang hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan. Pada hari Sabtu dan Ahad pula, ahli Kelab Små dapat menikmati bengkel eksklusif untuk kanak-kanak seperti membuat lukisan Raya dan kad reka bentuk ketupat; mainan lembut bentuk ketupat yang diperbuat daripada fabrik felt, hiasan untuk pensel dan sampul duit Raya; selain kaca berwarna tema Raya yang pastinya menyerlahkan daya kreativiti mereka.


“Kita sedang melalui kehidupan dalam keadaan yang luar biasa,” ujar Mark Tan, Pengurus Pemasaran Pusat Beli-belah IPC. “Tahun lepas menyaksikan kali pertama rakan-rakan yang beragama Islam meraikan Ramadan dan Hari Raya ketika berlakunya pandemik Covid-19. Pengalaman dilalui itu bukanlah perayaan yang ideal kerana kita tidak dapat mengadakan banyak perhimpunan sosial dan keagamaan, bazar Ramadan, selain keseronokan beli-belah yang sentiasa dinantikan. Memandangkan masyarakat lebih bersedia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu bagi Ramadan dan Hari Raya tahun ini, kami juga telah menyediakan pendekatan pelbagai saluran yang telah disesuaikan untuk keluarga dalam komuniti kami. Matlamat kami adalah untuk menggamit semula kemeriahan perayaan sambil memastikan semua orang selamat daripada pandemik Covid-19.”

“Kami percaya hiasan dan interaksi memainkan peranan penting untuk menunjukkan sambutan budaya kita. Pada tahun ini, kami menampilkan reka letak perayaan baharu, untuk memastikan pematuhan kepada penjarakan fizikal namun masih menggalakkan interaktiviti melalui ciri realiti terimbuh pada paparan skrin LED interaktif. Kami juga mengadakan bengkel khas dan lawatan Små Buddies buat kali pertama sejak pandemik Covid-19 melanda supaya anak-anak kecil dapat merasai pengalaman Raya Kaw Kaw.”


Memandangkan masih ramai orang yang mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak keluar dari rumah, Pusat Beli-belah IPC juga membawakan Siaran Langsung Facebook yang membolehkan orang ramai membeli-belah, dan siaran ini akan diterbitkan pada pukul 12:30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai hari ini hingga 5 Mei. Setiap hari, siaran langsung ini akan menampilkan satu kedai yang mengambil bahagian dalam kempen secara eksklusif, antaranya All IT Hypermarket, Brands Outlet, Dr. Hauschka, Harvey Norman, IKEA, Jurlique, Niki Cains Home dan Kedai Buku Popular.

Tambah Mark lagi, “Walaupun siaran langsung telah berakhir, para pembeli masih boleh mendapatkan tawaran ini secara dalam talian sepanjang tempoh kempen. Oleh itu, pembeli boleh membuat pembelian untuk Hari Raya dengan selesa dari rumah, meskipun untuk pembelian pada saat-saat akhir. Melalui kerjasama yang dimeterai baru-baru ini dengan DHL yang menawarkan penghantaran ke seluruh negara, kami berharap dapat berkongsi kemeriahan perayaan dengan komuniti di luar Damansara dan memastikan semua rumah mempunyai segala kelengkapan untuk meraikan Hari Raya dengan penuh kegembiraan.”

Untuk memastikan keselamatan komuniti di sekitar pusat beli-belah ini, terutamanya pengunjung dan keluarga yang membawa warga tua dan kanak-kanak, Pusat Beli-belah IPC turut komited untuk mematuhi arahan terkini yang ditetapkan oleh kerajaan tentang kebersihan, penjarakan fizikal dan penjejakan kontak rapat di seluruh pusat beli-belah, termasuk bagi acara Berbuka Sambil Berkelah, persembahan istimewa dan bengkel untuk kanak-kanak.


Bersempena dengan Hari Raya, pembeli yang membuat pembelian secara luar talian dan dalam talian boleh menebus ganjaran daripada i-Kaunter yang terletak di Aras G Pusat Beli-belah IPC.

Berikut ialah ganjaran yang disediakan:
  • Tebus satu (1) e-baucar Raya Kau Kaw Kaw bernilai RM10 | Bagi setiap pembelian yang dibuat melalui laman Facebook Pusat Beli-belah IPC tanpa amaun pembelian minimum
  • Tebus satu (1) e-baucar Raya Kau Kaw Kaw bernilai RM10 | Dengan jumlah pembelian minimum RM200 dalam dua (2) resit
  • Tebus satu (1) set pisau, sudu dan garpu dan satu (1) koleh kaca dua lapis | Dengan jumlah pembelian minimum RM600 dalam tiga (3) resit untuk pembeli biasa atau jumlah pembelian minimum RM500 dalam tiga (3) resit untuk ahli Kelab Tack IPC
  • Bagi hari bekerja sahaja, setiap ahli Kelab Tack baharu yang mendaftar melalui aplikasi mudah alih Pusat Beli-belah IPC akan menerima satu hadiah istimewa
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen Raya Kau Kaw Kaw Pusat Beli-belah IPC, layari https://www.ipc.com.my/whats-new/events/2021/rayakaukawkaw. Orang ramai juga boleh menikmati promosi eksklusif dalam talian di https://www.facebook.com/ipcshoppingcentre/.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA