KIRIM E-DUIT RAYA DENGAN BOOST PADA HARI RAYA AIDILFITRI INI


E-dompet tempatan Boost menghidupkan semangat dan tradisi Raya dalam perayaan normal masa kini dengan mengaktifkan semula ciri e-Duit Raya. Melalui kempen Rayanya, 'Raya dengan Tenang, Di Rumah kan Senang', terdapat pelbagai ganjaran menarik untuk membantu rakyat Malaysia bersiap sedia meraikan Raya walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kini lebih relevan dari sebelumnya, selama sebulan mulai 10 Mei, pengguna Boost dapat mengirim e-Duit Raya kepada serta menerimanya dari keluarga dan rakan. Mudah diakses dari laman utama aplikasi tersebut dan di halaman istimewa Raya, pengguna dapat memilih dari enam reka bentuk sampul Raya berwarna-warni dan menyertakan ucapan Raya khas untuk penerima.

Pengguna boleh memilih untuk mengirim sejumlah tetap e-Duit Raya kepada satu penerima atau apa-apa jumlah kepada sehingga 10 penerima sekaligus. Boost turut menambah kepada pengalaman e-Duit Raya ini dengan satu ciri rawak yang menarik untuk digunakan bersama keluarga. Ciri ini akan mengambil jumlah keseluruhan yang anda ingin kirimkan kepada beberapa penerima dan memilih secara rawak jumlah yang diterima oleh setiap penerima.

Boost juga menyediakan pilihan samada untuk menyimpan atau menderma e-Duit Raya yang diterima kepada golongan yang kurang berkemampuan. Pengguna boleh memilih dari senarai NGO, organisasi kebajikan, dan institusi keagamaan dari seluruh Malaysia untuk disumbangkan serta memberi bantuan kepada komuniti yang memerlukan.

Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Boost berkata, “Rakyat Malaysia telah menerima penggunaan e-dompet secara positif sebagai sebahagian daripada kehidupan harian kita sekarang. Walaupun terdapat sekatan perjalanan dan perayaan Raya, kami berharap ciri e-Duit Raya dan tawaran kempen Raya ini akan menghidupkan kembali semangat Raya. Dalam usaha kami untuk terus bergerak maju, Boost komited untuk terus memperkenalkan ciri dan penyelesaian yang bermakna serta inovatif. Ini untuk membina ekosistem digital yang mantap dan kolaboratif. Di mana semua rakyat Malaysia boleh bermanfaatkan dan menyesuaikan diri dengan normal masa kini, sambil terus kekal selamat. "


Untuk ciri e-Duit Raya Boost, hanya pengguna Premium Wallet yang dapat mengirim wang, sementara pengguna Basic Wallet hanya dapat menerima e-Duit Raya.

Boost menggalakkan pengguna untuk mengemaskini dompet mereka ke Premium Wallet secara percuma, jika masih belum melakukannya. Hanya dua langkah diperlukan untuk pengguna mengemaskini akaun Boost bagi menikmati sepenuhnya faedah dan ganjaran yang ditawarkan:
  • Sahkan maklumat anda dengan mengambil gambar IC dan swafoto
  • Tambahkan nilai ke Boost Wallet anda dengan jumlah minimum RM10 sekurang-kurangnya sekali.
Hadiah Raya Menarik

Sempena perayaan Raya, Boost mengadakan ‘Online Boost Day - Duit Raya Kaw Kaw!' dari 8 - 14 Mei 2021. Dengan perbelanjaan minimum RM88 bersama rakan dalam talian, pengguna akan menerima pulangan tunai RM8. Hanya 3,000 pulangan tunai diberi sehari.

Rakan dalam talian termasuk Taobao, Lazada, CJ WOW, Go Shop, Sen Q, Zalora, Decathlon, Christy Ng, DoubleWoot, JD Sports, Watson’s Online, Mary Kay, Nu Skin, L’Occitane, Hermo, McDelivery, Sabah Pay, Morefun dan banyak lagi!

Sebagai bonus, Boost memberi ganjaran kepada semua pengguna kali pertama dengan welcome pack yang baharu. Apabila pengguna baharu menambah sekurang-kurangnya RM20 melalui perbankan dalam talian, Boost akan memberi ganjaran kepada pengguna sejumlah RM20 untuk dibelanjakan.

Untuk musim perayaan tahun ini, Boost juga mengeluarkan video Rayanya berjudul Hadiah Buat Mama. Video ini menggambarkan realiti perayaan tahun ini di bawah kesan pandemik. Wabak ini tidak mudah bagi sesiapa, namun dengan cabaran yang besar, datanglah peluang yang besar. Lihat bagaimana semangat Raya dan sikap #KitaJagaKita dapat menjayakan usaha seorang anak muda menolong Mama tersayang. Tonton video di saluran YouTube rasmi Boost: https://youtu.be/61q1a3TCO-4.

Seperti Raya tahun lalu, rakyat Malaysia boleh sentiasa mengharapkan Boost sebagai rakan e-dompet gaya hidup mereka untuk semua perkara berkaitan Raya. Boost ingin mengingatkan semua untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan transaksi tanpa tunai bagi pengalaman membeli-belah yang lebih selamat dan terjamin, supaya kita sama-sama memerangi ancaman COVID-19.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI