KOLEKSI MUSIM BUNGA TRIUMPH KINI DI PASARAN


Ciri rekaan tak lapuk dek zaman bagi Natural Elegance yang ikonik memaparkan sokongan optimum dengan jahitan berpadanan untuk mencipta lurah payudara secara semula jadi. Renda flora lembut dan boleh regang menghiasi mangkuk berlapik dan berwayar selain pada tali untuk gaya yang feminin. Rangkaian saudaranya, Natural Elegance Smooth langsung ‘hilang’ di sebalik pakaian dengan mangkuk boleh-nafas yang berlapik nipis serta sokongan yang licin pada bahagian belakangnya. Kedua-dua warna renda yang kontras tampak berstail dan mudah digayakan setiap hari.


Untuk penampilan yang lebih terpahat, Sculpt Pashmina Rose mesti dimiliki. Dijahit dengan sling luar yang sentral, coli ini mengangkat dan mencipta efek langsing yang ketara. Rekaan yang terkini ini menawarkan lebih keselesaan dan sokongan, dengan tali bahu lebih lebar, sisipan jala yang lebih meregang pada sisi juga wayar bawah berkusyen. Dengan seluar dalam yang sedondon, perincian yang cantik dan sulaman diinspirasikan daripada bunga mawar menjadi tunggak kepada set pakaian dalam yang klasik ini.


Sentiasa tersedia buat anda - Natural Elegance, Smooth Natural Elegance dan Sculpt Pashmina Rose kini boleh didapatkan sehingga ke saiz mangkuk E. Ianya masing-masing dijual pada harga RM 249.00 - 279.00 (top) & RM 79.90 – RM 89.90 (seluar dalam).




Hirupan udara segar, setiap hari

Coli Pure Invisible menggunakan teknologi inovatif untuk mencipta pakaian dalam yang menyejukkan dan selesa. Dengan lapisan mangkuk WINCOOL® untuk kawalan suhu 360-darjah, Pure Invisible adalah coli yang cukup sesuai untuk musim panas. Teknologi khusus yang tersedia pada mangkuk coli ini menyekatakan suhu badan untuk memastikan keselesaan yang optimum tak kira apa jua keadaan cuaca. Mangkuknya yang licin menjadikannya tidak kelihatan di bawah busana dan bahagian belakang dengan pelbagai opsyen menambah versatiliti. Pure Invisible boleh dibeli dalam padanan berwayar dan berlapik. Masing-masing dijual pada harga RM 199.00 (top) & RM 79.90 – RM 79.90 (seluar dalam).


Teknologi 4D yang Inovatif kini hadir dalam pelbagai pilihan warna!

Teknologi 4D rekaan signatur menjadikannya lebih mudah untuk mencari padanan yang sempurna. Fit Smart 2.0 hadir dalam mangkuk boleh regang 4D yang menawarkan sokongan, tolakan dan sokongan yang sentral, manakala renda yang menawan direka khusus untuk memberikan fleksibiliti pada pergerakan anda sepanjang hari. Coli tanpa-wajar yang popular ini kini hadir dalam tiga rona menawan - Desert Rose, Nude Beige dan Café Latte.

Direka dengan renda dan kain kait, coli ini akan terasa cukup elok pada kulit selain tampak cantik. Digabungkan dengan kemampuan untuk mengubah tali kepada gaya silang belakang dengan cangkuk yang direka berkemampuan sedemikian, anda akan terasa seperti ratu fesyen tanpa kompromi terhadap keselesaan.

Pilih saja daripada saiz S, M, L dan XL. Kini anda boleh miliki seluar dalam mini sedondon yang comel pada harga RM 249.00 (top) & RM 79.90 - 89.90 (seluar dalam).




Push-up ikonik untuk keyakinan setiap hari

Gaya mewah Aqua Freesia sememangnya berpadanan dengan seorang puteri kerana ianya dilengkapi renda dekoratif yang diinspirasikan Alam Semula Jadi. Lapik inovatif WINCOOL® dan pad aqua boleh-nafas yang cukup ringan mencipta rasa ringan dan berangin bila terkena kulit anda di kala cuaca sedang kehangatan. Hadir dalam rona merah jambu musim panas yang lembut, ungu cair dan hitam dalam rekaan push-up bagi mencipta ilusi V juga dengan seluar dalam mini atau hipster yang sedondon.

Aqua Rosie dalam tona merah-membara dengan lapik aqua push-up dan lapisan modal amat lembut bagi mencipta lurah dada paling sempurna dengan selesa. Kedua-duanya direka dalam gaya deep V paling terkini untuk musim ini.

Aqua Freesia dan Aqua Rosie boleh didapatkan sekarang, masing-masing pada harga RM 249 (top) & RM 79.90 – RM 89.90 (seluar dalam).

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"