LEVI’S® MALAYSIA LANCAR FASA KEDUA “LEVI’S® MUSIC PROJECT”

 

Levi’s® Malaysia bakal membuka tirai fasa kedua “Levi’s® Music Project” atau Projek Muzik Levi’s® - sebuah program muzik yang dijalankan bagi tujuan menggalakkan dan memberikan pembelajaran menerusi kolaborasi muzik dan pendidikan dalam persekitaran yang tidak memerlukan persaingan. Program ini adalah program inisiatif/dukungan-masyarakat atau community-driven. Program yang mempunyai tiga fasa ini kini berada di fasa dan musim kedua menerusi pelancaran “Phase II: Levi’s® Upskill Project” atau Fasa 2: Program Peningkatan Kemahiran Levi’s®.

Juara fasa pertama “Levi’s® Music Project” versi Malaysia yang diumumkan pada bulan Disember lepas, kumpulan indie rock musik Margasatwa, telah memperoleh geran muzik video. Tiga lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir adalah kumpulan indie Alien Lipstick Fire; penyanyi rap dan pelopor ‘cina music’, DATO’ MAW; serta puteri musik etnik dari Malaysia timur, MAYABAYU.

Fasa pertama “Levi’s® Music Project” menyaksikan empat peserta peringkat akhir bekerjasama dengan veteran industri muzik merangkap pembimbing “Levi’s® Music Project” Jennifer Thompson dan Old Head Jin, di mana para peserta telah memperoleh tunjuk ajar untuk mencipta karya baharu yang dipersembahkan secara dalam talian pada akhir program. Jika di fasa pertama para peserta diberikan pendedahan mengenai unsur kreatif dalam pembikinan muzik, fasa kedua akan memberikan tumpuan yang lebih menjurus kepada industri menerusi bengkel peningkatan kemahiran.

Pelbagai bengkel telah dijadualkan untuk empat peserta peringkat akhir bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran, sumber, dan pengetahuan yang akan membawa mereka ke peringkat lebih tinggi dalam industri muzik. Bengkel peningkatan kemahiran yang bakal dijalankan dalam program ini sedikit sebanyak diilhamkan oleh “Red Bull Music Academy”, “Tiny Class” oleh Yuna, dan “Ace’s Music Workshop” oleh CENDANA.

Bengkel dan sesi tertutup dalam talian akan dipacu oleh Jennifer Thompson dan Old Head Jin bersama tetamu jemputan serta pakar industri muzik Asia Tenggara yang dipilih dengan teliti.

Program Fasa 2 merangkumi tiga topik pembangunan kerjaya berbeza. Yang pertama adalah “Collab is Fab” yang akan tertumpu kepada kelebihan menjayakan kerjasama kreatif. Dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara untuk mencari, menjalankan, serta menjayakan kerjasama kreatif. Seterusnya adalah “Connection Without Borders” yang akan memberikan peluang kepada para peserta untuk mencipta rantaian dengan ‘orang kuat’ industri dari rantau ini. Akhir sekali adalah “Content is King” yang akan mendedahkan kepentingan penjenamaan dan pemasaran menerusi landasan digital dan media sosial.

Setiap topik mempunyai beberapa sesi yang akan merangkumi beberapa perkara dengan panduan daripada tetamu jemputan atau pakar industri.


“Phase II: Levi’s® Upskill Project” dijadualkan dua minggu sekali bermula 29 Mei 2021 (Sabtu) dengan sesi “Collab is Fab”.

Sejak dilancarkan pada tahun 2016, “Levi’s® Music Project” telah menjadi sebuah komuniti dan bentuk ekspresi diri yang tersendiri. Projek ini telah memperoleh kejayaan di peringkat antarabangsa dengan penampilan oleh seniman ternama seperti Alicia Keys, Justin Timberlake, Vince Staples dan SZA. Dalam kempen ini, mereka telah berkongsi pengalaman mengenai bagaimana musik telah menjadi ilham kepada masyarakat dan mendidik para seniman muda.

Sari pati Levi’s® yang kini disulami seni musik telah mendorong jenama ini untuk menyumbang kepada industri muzik tempatan. “Levi’s® Music Project” ingin meneruskan visi menerusi pertalian rakan kongsi, menyampaikan peluang dan maklumat berharga mengenai industri, serta menyediakan sumber kepada komuniti kreatif. Semua ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dalam menyerlahkan industri muzik masa kini.

Ikuti “Levi’s® Music Project” di laman sosial: Facebook | Instagram

#SupportMusic
#LiveInLevis

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!