MARGASATWA KIAN DIGEMARI PEMINAT MUZIK ARUS PERDANA


Ternyata kumpulan Margasatwa berjaya menampilkan sisi lain mereka dalam lagu terbaru Yang Asli. Mereka yang terkenal dalam kalangan peminat muzik bawah tanah kini menempa nama di dalam industri muzik di saluran arus perdana semenjak melancarkan album sulung yang juga berjudul Margasatwa di bawah naungan antara syarikat rakaman indie/indiependant tertua di Malaysia iaitu Luncai Emas yang sinonim dengan melahirkan kumpulan dan artis individu yang unik dan tersendiri seperti M.Nasir, Kopratasa, Spider, Pitahati, Iqbal M dan Ramayan.

Margasatwa yang dikenali sebagai sebuah band yang sering mencorakkan muzik nusantara ini disebut sebagai kumpulan yang mengimbangi permintaan pasaran dan kesenian mereka berkreatif meskipun menurut Syahir “Kami hanya memainkan semua jenis muzik yang kami cinta dengan cara tersendiri. Tidak ada sebarang kumpulan pendengar yang kami sisihkan, baik arus perdana atau indie. Muzik Margasatwa untuk semua rakyat Malaysia.”

Setelah menjuarai Levi’s Music Project pada Disember 2020, Margasatwa telah mendapat geran RM20,000 untuk penggambaran video muzik untuk lagu baru mereka, Yang Asli. Lagu Yang Asli membawa mesej yang cukup mudah difahami untuk segenap masyarakat iaitu “Mencintai diri sendiri terlebih dahulu, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.”


Setiap orang mempunyai keunikan dan kecantikan yang tersendiri. Kita tidak harus menilai diri berdasarkan pendapat orang semata-mata. Margasatwa mengajak para pendengar untuk percaya dan yakin dengan keunikan diri sendiri, menjadikan diri lebih fokus dan bahagia dalam hidup sementelah mengejar impian masing-masing yang ternyata unik.

“Anda terlalu berharga, kerana sudah pasti anda adalah satu-satunya anda dimuka bumi ini”- Kimal

Muzik video Yang Asli ini menceritakan tentang betapa skeptikal dan tipikal sesetengah orang dalam menilai seseorang hanya berdasarkan rupa. Namun individu tersebut kemudian bangkit dan membuktikan kebolehan dan keyakinan diri sebagai simbolik dari petikan lirik “Kecantikan tidak boleh diraih, kecantikan hanya dipelihara.” Selain dari penceritaan itu, Margasatwa turut mengetengahkan nilai fesyen yang unik. Salah satunya adalah material songket yang ditempah khas pada jaket Levi’s Fadhil (pemain gitar utama) dan pengayaan ala-ala 70an atau 80an sebagai identiti pada muzik video kali ini.

Hasil arahan daripada Adriana Tunku yang turut mengarah muzik video pelbagai artis tanah air termasuklah Dato’ Siti Nurhaliza, juga juara AJL 35 - Gila nyayian Kaka Azraf, Noki dan LOKA B.

Dekati Margasatwa di media sosial:
Instagram: @margasatwa.bunyi
Facebook: @margasatwa.bunyi
Twitter: @margasatwa


Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI