BERKESANKAH MINUMAN PROTEIN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?


Ramai individu di serata dunia mula mencuba minuman protein sebagai solusi untuk menurunkan berat badan. Ada juga yang menggunakan produk ini untuk memperbaiki pengambilan makanan mereka atau untuk membina otot. Namun di sebalik popularitinya, masih wujud kemusykilan, mitos, dan tanggapan salah mengenai keselamatan dan keberkesanan jenis makanan fungsian ini.

Sebagai pakar pemakanan dan obesiti, serta anggota berkepentingan dalam Lembaga Penasihat Herbalife Nutrition, saya ingin menyentuh enam soalan yang sering dipersoalkan mengenai minuman protein:


Apakah itu Minuman Protein?

Minuman protein ialah minuman yang bertujuan untuk membekalkan protein sebagai suplemen bagi sesuatu diet. Bagi saya, ini merujuk kepada minuman protein sebagai pengganti sarapan harian, yang merangkumi pelbagai khasiat serta sering digunakan dalam program penurunan berat badan dan penjagaan berat badan.

Bergantung kepada jenis program, minuman protein boleh menggantikan satu atau dua hidangan makanan daripada tiga hidangan makanan yang lazim. Minuman ini berfungsi dengan mengurangkan saiz hidangan makanan, lantas meminimumkan pengambilan kalori, sambil menawarkan khasiat yang seimbang serta kekenyangan.

Berkesankah Minuman Protein?

Minuman protein sebagai pengganti makanan telah dirumus untuk menawarkan khasiat yang biasa anda peroleh daripada hidangan makanan yang lazim—namun dengan jumlah kalori yang lebih rendah.

Ia merupakan pengganti yang efektif bagi sarapan yang mengandungi jumlah kalori yang tinggi namun kurang berkhasiat. Sebagai contoh, sarapan pagi yang lazim seperti nasi lemak membekalkan sekitar 664 kalori. Jika dibandingkan dengan minuman protein yang disediakan bersama 240 ml susu tanpa lemak, ia membekalkan sekitar 200 kalori.

Dalam situasi ini, dengan memilih minuman protein, anda dapat mengurangkan kira-kira 350 kalori dalam setiap hidangan makanan anda, dan anda akan memperoleh mikronutrien (vitamin dan mineral) serta makronutrien (protein, karbohidrat, dan lemak sihat) yang seimbang. Minuman protein biasanya ditawarkan dalam pelbagai perisa dan memberi anda kebebasan untuk menambah buah-buahan, rempah-ratus serta ramuan sihat yang lain untuk menghasilkan beraneka resipi yang menarik.

Produk ini juga praktikal dan memudahkan. Ia merupakan solusi pemakanan yang sempurna bagi kehidupan dalam abad ke-21 yang sentiasa sibuk. Anda boleh menikmati minuman protein di pejabat, sekolah, atau ketika dalam perjalanan.

Sungguhpun begitu, aspek keseimbangan khasiat dan had pengambilan kalori perlu difaktorkan dalam penggunaan minuman protein sebagai pengganti sarapan. Kejayaan mana-mana program penurunan berat badan akan bergantung kepada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, kesesuaian sarapan, pengurusan stres, kualiti tidur, dan rutin senaman.


Adakah Minuman Protein Mempunyai Sebarang Kesan Negatif?

Minuman protein adalah selamat dan sihat apabila ia diambil seperti yang disarankan pada label produk tersebut. Kertas-kertas ilmiah yang dikarang mengenai pengganti makanan membuktikan manfaat produk pemakanan ini.

Sebagai pengganti makanan, minuman protein membekalkan kombinasi yang sempurna antara makronutrien dan mikronutrien selain tidak mengandungi ubat, hormon atau diuretik. Sebagai sumber khasiat, individu dewasa boleh meminumnya, namun kanak-kanak, wanita mengandung, ibu menyusu atau individu yang mempunyai sebarang isu kesihatan perlu merujuk pakar kesihatan sebelum mengubah diet masing-masing.

Bolehkah Minuman Protein Menggantikan Diet yang Seimbang?

Minuman protein sebagai pengganti makanan mengandungi khasiat yang sihat dan seimbang seperti yang diperlukan oleh tubuh kita. Ia merupakan alat yang berguna bagi individu yang terkekang dari segi pilihan makanan yang sihat atau tidak mempunyai masa untuk makan secara sihat. Maka minuman protein boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang seimbang.

Bagaimanapun, jika pengamalan diet yang sihat serta senaman berkala sudah sebati dalam kehidupan anda, maka anda tidak perlu menggantikan makanan anda atas sebab khasiat semata-mata. Tapi ketika anda berada di luar rumah atau menginginkan kelainan dalam rutin anda, anda boleh memilih minuman protein sebagai alternatif yang lazat, memudahkan, praktikal, dan sihat.

Bolehkah Minuman Protein Diambil Setiap Hari?

Ya, minuman protein merupakan alat yang sempurna bagi individu yang memahukan alternatif sarapan yang lebih sihat dan memudahkan.

Antara kelebihan minuman protein yang terbesar ialah praktikalitinya, ia menjadi pilihan yang sihat bagi individu yang sibuk. Dalam kehidupan zaman moden, kebanyakan individu sering dibatasi dengan masa dan peluang untuk mengambil sarapan yang sihat atau seperti yang dirancang. Jika anda lewat ke tempat kerja pada waktu pagi, atau terlalu letih untuk menyediakan makanan pada waktu malam, minuman protein boleh menjadi solusi yang bersesuaian kerana ia dapat disediakan dengan mudah dan segera, serta berkhasiat.


Adakah Minuman Protein Hanya untuk Individu yang Ingin Menurunkan Berat Badan?

Tidak semestinya. Minuman protein berfungsi sebagai pelengkap yang sesuai bagi elemen-elemen lain yang sihat dalam sesebuah diet, dan ia juga boleh menjadi alat pengurusan berat badan yang efektif. Matlamat yang berbeza dapat dicapai mengikut kadar pengambilan minuman protein.

Untuk menurunkan berat badan, anda boleh menggantikan dua daripada tiga hidangan makanan anda dengan minuman protein sehingga anda mengecapi berat badan yang disasarkan. Kemudian, untuk mengekalkan berat badan, anda boleh menggantikan satu hidangan makanan pada setiap hari dengan minuman protein.

Jika objektif anda adalah untuk membina otot dan jisim tubuh tanpa lemak, maka anda perlu mengambil ketiga-tiga hidangan makanan yang sihat dan seimbang seperti yang dirancang dan merangkumkan satu atau dua minuman protein sebagai snek untuk menambah protein dalam diet anda. Sudah tentu, rutin senaman yang diamalkan bersama akan menjadi kunci kejayaan anda.

Tuntasnya, minuman protein merupakan sejenis alat yang memudahkan, lazat, praktikal, dan berkhasiat serta merupakan alternatif makanan yang sihat bagi mereka yang ingin mengecapi bentuk badan yang diinginkan dan bersenang hati ketika menjalani susur kehidupan dunia moden.

Artikel oleh Nataniel Viuniski, pakar pediatrik dan pakar pemakanan yang memberi pengkhususan dalam bidang pengurusan berat badan serta obesiti kanak-kanak. Beliau juga berperanan sebagai penasihat untuk Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Brazil bagi Obesiti Kanak-Kanak, serta pengarah perkhidmatan pemakanan untuk Unimed Hospital di Rio Grande do Sul.

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau mencegah sebarang penyakit.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA