NIKMATI SUASANA "SEINDAH TRADISI AIDILFITRI" DI THE LINC KL


Dengan matlamat memberi sokongan kepada para pemuzik tempatan dan memberi penghormatan kepada keindahan ciptaan lagu Raya klasik bersempena musim perayaan ini, The LINC KL menjalinkan kerjasama bersama Sony Music Entertainment Malaysia untuk menghasilkan Sony Music Raya Capsules melalui kempen raya 'Seindah Tradisi Aidilfitri'.

Menampilkan empat episod siri mingguan secara maya, Sony Music Raya Capsules menghasilkan lagu versi olahan Raya klasik dengan nafas baru serta sentuhan yang menyegarkan, dengan video muzik dan beberapa rakaman di belakang tabir, kesemuanya dirakam di lokasi menarik di The LINC KL. Artis baru yang berbakat Malaysia yang terlibat dalam penghasilan lagu dan video ini adalah: Harris Alif, Vanessa Reynauld, Aisha Retno dan Waheeda Bonn dari Bahiyya Haneesa serta Qiff & Syabil.

Usaha kolaborasi bersama Sony Music Entertainment Malaysia ini adalah manifestasi sokongan kepada penghibur tempatan dalam masa ketidaktentuan ini. Dengan memanfaatkan kepakaran Sony Music Entertainment Malaysia dalam industri muzik, serta bakat, kemahiran dan pengaruh sosial para penyanyi yang terlibat, kandungan melodi raya ini diharap dapat memberikan nafas baru dan menghidupkan keindahan dendangan irama lagu raya lama. Sekaligus membawa keceriaan di musim perayaan dan memperlihatkan keunikan budaya Malaysia dengan jalinan digital kepada penonton dari seluruh dunia.

Penyewa The LINC KL turut mengambil bahagian untuk memberi sokongan kepada komuniti pemuzik tempatan dengan menyumbang dalam penghasilan Sony Music Raya Capsules:

• Pakaian oleh Kehati dari Chateau d'areum.beau
• Solekan oleh RIVoLI
• Gaya rambut oleh SimpliDry

Setiap video Sony Music Raya Capsules sepanjang lima minit akan dimuat naik di laman Facebook dan Instagram LINC KL, setiap Jumaat pada jam 9 malam dari 7 Mei hingga 28 Mei 2021. Setiap lagu versi olahan dalam Sony Music Raya Capsules juga akan disiarkan melalui semua portal muzik seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, dan YouTube Music mulai 30 April 2021.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami atau lawati https://www.thelinckl.com.my/ dan https://www.facebook.com/thelinckl.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3