SAMBUTAN “RIMBUNAN RAYA” DI FAHRENHEIT88


Fahrenheit88 meraikan sambutan Aidilfitri tahun ini bertemakan Rimbunan Raya, dimeriahkan dengan dekorasi yang menarik dengan hiasan lampu perayaan dan dikelilingi oleh pokok hiasan di Atrium, Ground Floor. Para pembeli juga disajikan dengan Bazaar Raya yang mempunyai pelbagai jenis pilihan cenderahati yang menarik serta kuih/biskut Raya yang beraneka jenis bermula dari sekarang sehingga 31 Mei 2021.

Kolaborasi hebat antara Fahrenheit88 dan Belokal dalam menjayakan “Sama-Sama Raya Bazaar” menampilkan lebih 20 gerai yang mempamerkan berlainan produk tempatan yang menarik. Antaranya adalah barangan fesyen terkini, aksesori buatan tangan, beg tote, sabun, kasut, pelitup muka dan penanda buku, serta banyak lagi.


Jangan lupa singgah ke “Kriup Kriup Kuih Bazaar” di 2nd Floor yang turut menyajikan pelbagai jenis makanan kudapan lokal seperti snek ringan dan juga biskut untuk memenuhi selera manis anda.


Tidak dilupakan juga jika para pelanggan yang ingin menghadiahkan set hadiah bertemakan Raya kepada keluarga dan sahabat tersayang, anda boleh menemuinya hanya di Fahrenheit88. Raikan bersama dengan pelbagai tawaran perayaan yang menarik di Afternoon, Aldo, Bookxcess, The Body Shop, Carlo Rino, Celebrity Fitness, Curiosity, Eye Tech, Feith, Leather Avenue, MR DIY, Pandora dan Skechers.


Para pelanggan boleh menebus ganjaran yang menarik dengan “Lucky Raya Rewards” bermula sekarang sehingga 31 Mei 2021 dengan hanya berbelanja minima RM100 dalam satu resit di Fahrenheit88.

Terhad kepada 2 pembelian setiap hari.


Raikan sambutan Aidilfitri anda dengan “Fahrenheit88 Special Raya Cookies” yang berharga RM1 apabila anda berbelanja minimum RM150 dalam satu resit.

Terhad kepada 1 pembelian setiap hari, sementara stok masih ada

Penebusan ganjaran ini boleh didapati di Fahrenheit88, 2nd Floor.


#F88RimbunanRaya #F88Raya2021

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rimbunan Raya, kunjungi laman Facebook Fahrenheit88 di https://www.facebook.com/Fahrenheit88/, akaun Instagram di https://www.instagram.com/fahrenheit88/ atau hubungi Perkhidmatan Pelanggan Fahrenheit88 di 03-2148 5488.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM