THE VIGIL - PENGALAMAN SATU MALAM YANG MENAKUTKAN

 


Filem ini pertama kali dipertontonkan di Toronto International Film Festival sebelum mula ditayangkan di negara-negara terpilih seperti UK dan Australia. Akhirnya ia tiba di Malaysia, walaupun agak lambat kerana kekangan pandemik Covid-19, ia merupakan filem seram yang harus dinikmati di pawagam.

Bertemakan keagamaan Yahudi, ia membawa sedikit kelainan daripada filem-filem seram Hollywood yang sering berteraskan agama Kristian. Mengisahkan seorang pemuda yang kesempitan wang terpaksa menerima tugas untuk menjaga mayat dengan membaca doa-doa untuk si mati untuk satu malam mengikut amalan agama Yahudi. Walaupun tugas tersebut pada asalnya tampaknya mudah tetapi ia bukanlah semudah yang disangkakan. 


Cabaran pertama yang dihadapi apabila dia diusir oleh balu si mati sebaik sahaja tiba di rumah si mati. Setelah mendapat pujukan daripada ketua komuniti, dia meneruskan tugasnya. Dan di situlah bermulanya suatu malam yang panjang dalam hidupnya.

Tidak lama berada di rumah si mati, dia mendapati dirinya terperangkap oleh satu entiti jahat yang menakutkan. Dia bukan sahaja dihantui oleh entiti yang tinggal di rumah tersebut tetapi juga memori dan trauma di dalam dirinya yang menyebabkan dia meninggalkan komuniti Yahudi. Adakah itu sekadar bayangan dalam mindanya?

Sebagai pelakon “one-man show” dalam filem ini, Dave Davis menggalas wataknya dengan baik sekali. Karya sulung penulis dan pengarah Keith Thomas adalah cemerlang dari segi penceritaan yang mantap yang dipenuhi dengan detik-detik suspens dan menyeramkan!



Filem The Vigil yang dibawakan oleh TGV Cinemas bakal menemui anda di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara mulai 15 April 2021. 

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TRESOR MONDE.H RAIKAN PEMBUKAAN RASMI BUTIK DI KLGCC MALL, MEMPERKENALKAN DESTINASI BAHARU BAGI BARANG KEMAS MEWAH

ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2