SINOPSIS SLOT LESTARY TV3: HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU


Sikap si gadis kampung yang gemar membungkus makanan lebihan tidak menjadikan alasan cintanya senang dimiliki atau ditapau oleh sesiapa sahaja. Bermula 4 Ogos 2021, saksikan drama adaptasi novel "Hello, Jangan Tapau Cintaku" dari penulis Hasreeyati Ramli menerusi slot Lestary, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.

Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh MacheAllStar United Sdn. Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dengan nukilan skrip oleh Norazwanizan Awang menampilkan pelakon popular tanah air seperti Elisya Sandha (Ain Dheya), Nafiz Muaz (Ash Fayyad), Eyka Farhana (Ann Dayana) dan Syerinie Myra (Alia). Drama ini juga menampilkan Sefik Khair, Ikhwan Khairudin, Azri Iskandar, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Lisdawati, Badrul Muhayat dan Cahaya Nilam sebagai pelakon.


Drama ini mengisahkan Ain Dheya yang baru mula bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Berasal dari keluarga yang susah, Ain Dheya belajar cara hidup sederhana dan berjimat cermat. Dikenali dengan panggilan ‘Minah tapau’, Ain tidak kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung.


Pak Long Asmadi mula berhasrat untuk menjual tanah yang sebahagiannya adalah tapak rumah yang didiami Mak Jah anak beranak. Oleh itu Pak Long meminta mereka membayar hutang sewa tanah dengan nilai 30 ribu ringgit dalam masa dua bulan.


Ain mula mengenali perangai bosnya, Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong. Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak 5 ribu kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang. Baginya dengan gaji yang akan diperolehi nanti bolehlah dia melunaskan hutang sewa tanah Pak Longnya walaupun secara ansur-ansur.


Selain itu, penggemar drama Melayu jangan lupa untuk menonton Hello, Jangan Tapau Cintaku menerusi slot Lestary TV3 mulai 4 Ogos 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam dan perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama ia ke udara di seluruh Malaysia. Apabila disiarkan kelak, siri drama ini berserta sari kata dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan dapat diakses untuk ditonton oleh semua untuk percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store atau melalui http://bit.ly/iQIYI.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQiyi telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mencapai pertumbuhan pengguna lebih 15 kali ganda berikutan sambutan hangat yang diterima selepas memulakan penstriman kandungan tempatan. Dengan hasrat untuk menjadi platform destinasi bagi para pengguna yang mencari hiburan yang berkualiti serta topikal dan pengalaman digital yang lancar, para penonton juga berpeluang mengakses koleksi persembahan Korea, China dan tajuk-tajuk anime yang terkini dan paling popular.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

 

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA