POS MALAYSIA LANCAR KOLEKSI RAYA 2026 EDISI TERHAD
Pos Malaysia memperkenalkan koleksi eksklusif Raya 2026 edisi terhad, meraikan tradisi, kenangan zaman kanak-kanak dan kemeriahan Syawal bersama insan tersayang.
Koleksi ini ditawarkan melalui kedai atas talian Pos Malaysia, Biro Filateli dan Pejabat Pos terpilih. Antara tarikan utama ialah Sampul Duit Raya 2026 dengan ilustrasi panorama balik kampung yang meriah, dijual pada harga RM8 untuk 10 keping premium dengan kemasan matte, timbul emas dan Spot UV. Pelanggan juga boleh mendapatkannya sebagai hadiah dengan pembelian minimum RM25 di Pos Shop.
Selain itu, Pek Cenderamata Hari Raya 2026 berharga RM20 menampilkan lembaran mini dengan tiga setem 60 sen, kad ucapan, sampul surat dan dua rekaan sampul duit. Pra-tempahan dibuka mulai 26 Februari dan dijual di Pejabat Pos terpilih bermula 5 Mac.
Menambah keceriaan, Pos Malaysia turut memperkenalkan acrylic charms berharga RM5 setiap satu, dengan rekaan ikon perayaan dan identiti Pos Malaysia seperti van EV, peti pos merah dan Abang Pos ceria. Pra-tempahan bermula 24 Februari, manakala jualan di Pejabat Pos terpilih bermula 9 Mac.
Melengkapi koleksi ialah plushie Kuih Krew bersama beg beli-belah mini, diinspirasikan daripada kuih tradisional seperti Kapit Kutie, Dahlia Darling dan Bahulu Boo. Dijual pada harga RM37 setiap satu, plushie ini boleh dipra-tempah mulai 24 Februari, dengan Bahulu Boo dijangka tiba akhir April.
Kesemua item koleksi edisi terhad ini boleh didapati secara dalam talian dan di Pejabat Pos terpilih. Pos Malaysia menggalakkan pelanggan membuat pembelian awal kerana stok adalah terhad.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.pos.com.my serta platform rasmi Pos Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, YouTube dan LinkedIn.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment