MEMBONGKAR MITOS IVF – MEMBEZAKAN FAKTA DARI FIKSYEN


Setiap perjalanan mengatasi masalah kesuburan yang dihadapi oleh setiap pasangan adalah berbeza antara satu sama lain, dan sesetengah daripada mereka mungkin terpaksa berpaling kepada pilihan alternatif seperti In Vitro Fertilisation (IVF) apabila kaedah lain tidak berupaya untuk membuahkan hasil yang diinginkan.

Antara sebab pasangan mendapatkan rawatan IVF termasuk masalah kesuburan yang tidak dapat dijelaskan, di mana tidak terdapat sebarang sebab yang nyata dalam pesakit terbabit; ada berlaku sumbatan di tiub fallopian kiri dan kanan yang menghalang sperma daripada bertemu ovum, nyahfungsi ovulatori,dan mungkin disebabkan oleh kecacatan dalam kualiti dan kuantiti sperma. Walaubagaimanapun, dengan kewujudan berbagai-bagai prosedur dan proses melahirkan anak yang begitu banyak tersebar dalam pelbagai medium – dalam rancangan televisyen, tayangan gambar dan juga dalam artikel yang diterbitkan– limpahan maklumat mengenai IVF amat cenderung untuk mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai. Hal ini berkemungkinan memaparkan satu persepsi yang agak terpesong tentang bagaimana prosedur sebenar IVF yang dijalankan.

Bersempena dengan Hari IVF Sedunia tahun ini, Perunding Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) ingin memberikan satu pengalaman holistik mengenai perjalanan IVF yang sebenar dan memberikan penerangan, penjelasan terperinci serta jaminan untuk pasangan yang berminat tentang apa yang perlu diambil perhatian sebagai fakta dan menolak apa yang tidak betul sebagai fiksyen semata-mata.

IVF boleh dijalankan pada sebarang usia – Fiksyen

Dr Ashley Chung Soo Bee, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari SMCV berkongsi bahawa kadar kejayaan IVF bergantung pada umur seseorang pesakit. “Apabila umur seseorang semakin meningkat, rezab ovari individu tersebut akan berkurangan – ini mengakibatkan kemerosotan dalam kualiti dan kuantiti telur yang dihasilkan, oleh itu kadar kejayaan IVF akan menurun,” beliau berkongsi. Maka, khidmat rundingan perubatan adalah penting bagi seseorang pesakit untuk menentukan jika keadaan kesihatan mereka adalah sesuai untuk IVF sebelum membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai satu pilihan.

Dr Ashley Chung Soo Bee, Consultant Obstetrician and Gynaecologist


Pesakit yang telah mengalami keguguran tidak boleh menjalani IVF - Fiksyen

Masalah keguguran menjadi satu kejadian yang amat menyedihkan dari segi emosi kepada pasangan yang terlibat keranaia mungkin akan menjadi satu cabaran untuk mencuba kehamilan sekali lagi disebabkan risau dan takut sekiranya mereka terpaksa mengharungi pengalaman pahit itu semula. Walaubagaimanapun, Dr Farah Leong Rahman, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari SMCV menjelaskan bahawa IVF boleh menjadi satu pilihan bagi pasangan sedemikian. “Salah satu penyebab utama keguguran adalah bayi yang abnormal, di mana badan pesakit akan menghalangnya daripada implan dalam rahim atau menyebabkan kegagalan kehamilan. Risiko kandungan boleh dikurangkan jika kesihatan bayi dan kandungan di pastikan selamat. Setelah menghasilkan embrio melalui IVF, kami boleh menjalankan ujian genetik ke atas bayi dalam kandunganuntuk memeriksa sama ada mereka sihat atau sebaliknya. Dengan itu, pasangan terbabit boleh mendapat ketenangan fikiran setelah mengetahui bahawa embrio yang sihat akan dipindahkan ke dalam rahim,” Dr Farah berkongsi.

Pesakit tidak perlu bimbang tentang masalah kesuburan jika mereka telah mempunyai seorang anak - Fiksyen

Masalah kesuburan sekunder boleh berlaku dalam pesakit yang pernah hamil sebelum ini dan mungkin menyebabkan mereka bergelut untuk mengandung seorang anak lagi. “Kehamilan sebelumnyamungkin menyebabkan masalah kesuburan yang baru akibat daripada pembedahan yang dilakukan, komplikasi pembedahan atau jangkitan yang berlaku berikutan kelahiran anak yang mungkin menyebabkan parut, yang boleh membawa kepada masalah kesuburan,” Dr Ashley berkata.

IVF amat mahal dan tidak mampu ditanggung oleh kebanyakan orang – Fiksyen

Dr Farah menjelaskan bahawa IVF di Malaysia adalah agak murah berbanding dengan negara-negara lain. Beliau menjelaskan bahawa kos IVF adalah lebih tinggi kerana ia memerlukan banyak prosedur berperingkat - dari merangsang telur dalam ovari melalui suntikan, mengeluarkan telur itu sebaik sahaja ianya dianggap sudah mencapai tahap optimal dari segi saiz, hingga pelbagai prosedur lain dalam makmal IVF yang hanya boleh dijalankan oleh kakitangan yang berkemahiran (embriologis) menggunakan peralatan khas. Peralatan khas ini juga berkos tinggi untuk dibeli, diselenggara dan dioperasi untuk menyampaikan hasil yang diinginkan. Namun begitu,, banyak pasangan pada masa ini bernasib baik kerana boleh bergantung kepada pilihan pembiayaan seperti EPF untuk rawatan kesuburan termasuk IVF bagi membantu mereka dalam perjalanan mengatasi masalah kesuburan.

Dr Farah Leong Rahman, Consultant Obstetrician and Gynaecologist


IVF boleh menyebabkan menopaus awal – Fiksyen

Walaupun tidak terdapat satu angka mutlak di mana seseorang boleh menjalani IVF, Dr Farah memberi jaminan kepada pesakit menangkis khabar angin bahawa IVF boleh menyebabkan menopaus awal, yang nyata adalah tidak benar sama sekali. “Semasa proses itu, kami menggunakan telur yang ada dalam bulan tersebut dan jika tidak digunakan, telur-telur ini akan kehabisan sebelum telur yang baru digunakan pada bulan berikutnya,” beliau berkata. Jika kitaran pertama tidak berjaya, perunding akan mengimbas kembali pada kitaran pertama pesakit tersebut dan melihat sekiranya terdapat apa-apa perkara yang boleh dilakukan secara berbeza untuk mendapatkan hasil yang lebih baik pada kali kedua dan seterusnya.

“Banyak pasangan sedar tentang kewujudan IVF tetapi lebih banyak yang perlu dilakukan dari segi meningkatkan kesedaran mengenai masalah kesuburan. Adalah tidak mudah bagi pasangan untuk melangkah ke hadapan bagi mendapatkan bantuan dan meluahkan cabaran yang mereka hadapi, tetapi amat penting bagi mereka supaya tidak melambatkan dan melewatkan saringan atau rawatan memandangkan masa adalah agak kritikal. Sentiasa ingat, anda tidak bersendirian dalam perjalanan ini.”, tambah Dr Farah.

Sunway Medical Centre Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Medical Centre Velocity, lawati www.sunmedvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Velocity).

 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING