KEPUTUSAN JOOX TOP MUSIC AWARDS MALAYSIA (PERTENGAHAN 2021)


Peminat muzik di Malaysia telah bersuara dan memilih artis dan lagu lokal dan antarabangsa yang paling mereka gemari di “JOOX Top Music Awards Malaysia (Pertengahan Tahun) 2021”, yang dipersembahkan oleh JOOX, platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia.

Peminat muzik telah menggunakan kekuatan dan kuasa yang ada di tangan mereka untuk menobatkan artis-artis berbakat dan popular bagi membawa pulang anugerah berprestij ini dimana sebanyak 126 juta undian telah terkumpul dari seluruh Malaysia. Jumlah undian keseluruhan ini adalah amat memberangsangkan kerana ianya menunjukkan peningkatan sebanyak sepuluh kali ganda dari tahun 2020. Bukan itu sahaja, sebanyak 22 JOOX ROOMS telah diaktifkan oleh peminat dan artis untuk membincangkan tentang anugerah dan pengundian ini dalam masa nyata.

Peminat muzik tempatan menobatkan lagu-lagu ini untuk memenangi Anugerah Top 5 Hit: Lokal - Adakah Ini Mimpi oleh Reedzwann; Rindu Separuh Nyawa oleh Naqiu dan Vanessa Reynauld; Sekali Lagi oleh Siti Nordiana dan Nubhan; Karma oleh Kaka Azraff dan Jaz; dan tidak ketinggalan lagu JOOX ORIGINALS Sama Sama Suka oleh One Avenue Band.

Pada anugerah ini juga didapati selera pencinta muzik Malaysia yang pelbagai kerana mereka memilih lima bintang pop kegemaran mereka iaitu Haqiem Rusli, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Naim Daniel dan Ukays untuk membawa pulang Top 5 Artis: Lokal. 






Khai Bahar merupakan pemenang terbesar pada anugerah ini kerana mendapat sokongan paling banyak daripada peminat dengan memperoleh 15.6 juta undian sekaligus merangkul Anugerah Top Pilihan Peminat yang julung kalinya diperkenalkan dan dipilih 100% oleh peminat muzik tempatan.

Di pentas antarabangsa, lima hit paling hangat dari artis terkenal dunia juga telah dinobatkan oleh peminat Malaysia, "Leave The Door Open" oleh Bruno Mars, Anderson .Paak dan Silk Sonic; “Build A B*tch (Explicit)” oleh Bella Poarch; "Reckless" oleh Madison Beer; “Drivers License” oleh Olivia Rodrigo; dan “Hold On”oleh Justin Top 5 Hit: Antarabangsa, di mana Justin telah dinobatkan dalam kategori yang sama untuk kali keempat pada tahun ini. Bukan itu sahaja, Ariana Grande juga telah dinobatkan untuk kali keempat dalam anugerah Top 5 Artis: Antarabangsa, dimana berkongsi tempat dengan Alan Walker, Justin Bieber, Bruno Mars dan Jay Chou 周杰伦.

Kekuatan K-Pop yang menjadi fenomena muzik global sememangnya tidak dapat disangkal lagi, termasuklah di Malaysia kerana pengguna JOOX Malaysia tekad memilih Top 5 Hit: K-Pop pilihan mereka iaitu "Butter" oleh BTS; "On The Ground" dan “Gone” oleh Rosé ; "Fireworks (I am The One)" oleh ATEEZ dan "HWAA" oleh (G)I-DLE, ini merupakan kemenangan buat kali keempat BTS dalam kategori ini. Selain itu, peminat setia ATEEZ di Malaysia ternyata bersatu untuk memberikan sokongan padu dan memastikan idola mereka memenangi kategori berprestij ini pada tahun ini.

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, menyatakan, "JOOX sangat berbesar hati kerana dapat menyediakan cara terbaik kepada peminat muzik di Malaysia untuk menyuarakan pendapat mereka yang sangat berharga - dengan memberikan mereka kuasa untuk memilih siapakah artis pilihan masa kini. Kejayaan “JOOX Top Music Awards Malaysia (Pertengahan Tahun) 2021” telah membuktikan betapa hebatnya industri muzik pop Malaysia, dengan sokongan padu oleh peminat muzik tempatan kepada idola tempatan mereka untuk memenangi anugerah berprestij ini dan berkongsi tempat bersama dengan nama-nama terbesar dalam arena muzik antarabangsa."

Keputusan JOOX Top Music Awards Malaysia (Pertengahan Tahun) 2021:

Top 5 Hit: Lokal

Lagu

Artis

Adakah Ini Mimpi

Reedzwann

Rindu Separuh Nyawa

Naqiu & Vanessa Reynauld

Sekali Lagi

Siti Nordiana & Nubhan

Karma

Kaka Azraff & Jaz

Sama Sama Suka [JOOX ORIGINALS]

One Avenue Band


Top 5 Artis: Lokal

Artis

Haqiem Rusli

Dato' Sri Siti Nurhaliza

Khai Bahar

Naim Daniel

Ukays

 Top 5 Hit: Antarabangsa


Lagu

Artis

Leave The Door Open

Bruno Mars, Anderson .Paak, Silk Sonic

Build a Bitch (Explicit)

Bella Poarch

Reckless

Madison Beer

Drivers License

Olivia Rodrigo

Hold On

Justin Bieber

Top 5 Artis: Antarabangsa

Artists

Ariana Grande

Alan Walker

Justin Bieber

Bruno Mars

Jay Chou 周杰伦

 Top 5 Hit: K-Pop

Songs

Artists

Butter

BTS

On The Ground

Rosé

Gone

Rosé

Fireworks (I'm The One)

ATEEZ

HWAA

(G)I-DLE


Anugerah Top Pilihan Peminat: Khai Bahar

Ini baru sahaja separuh pertama tahun 2021, dan lebih banyak lagi inisiatif yang akan diketengahkan oleh JOOX! Nikmati akses 24 jam ke hit terhebat 2021 dan artis paling popular di Malaysia melalui JOOX, yang kini mempunyai pustaka muzik pelbagai genre dengan lebih daripada 40 juta lagu oleh artis tempatan dan antarabangsa di. Jangan ketinggalan untuk mengikuti trend muzik pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui aplikasi JOOX di telefon bimbit atau desktop – muat turun aplikasi JOOX di Apple App Store dan Google Play Store atau laman sesawang JOOX website.

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING