KFC TAWAR PAKEJ HIDANGAN POWERUP BERTEMA KFC X MLBB
Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL Malaysia) power up Musim 8 kejohanan liga e-sukan ini yang dengan jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia!
MPL Malaysia boleh ditonton secara langsung di YouTube bermula 13 Ogos Para peminat dan pemain MPL Malaysia bakal menyaksikan pertandingan yang lebih sedap hingga menjilat jari kerana pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB boleh didapati secara eksklusif di KFC Delivery melalui aplikasi KFC sepanjang Musim 8 daripada 13 Ogos sehingga 21 Oktober 2021.
Untuk menambah keterujaan peminat, pakej hidangan ini akan sentiasa diperbaharui!
Untuk menebus, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
- Langkah 1: Log masuk Aplikasi KFC.
- Langkah 2: Klik ikon "%" untuk ke halaman "Bucketful of Deals" untuk tawaran eksklusif!
- Langkah 3: Cari “MLBB POWERUP bundle deals”, klik untuk tebus & lengkapkan pesanan anda.
Sementara itu, Kolonel Sanders ada tawaran istimewa untuk kesemua pemain MPL Malaysia! Sempena sambutan hari lahir ke-131 beliau pada bulan September, KFC akan menghadiahkan cheat codes istimewa dan 1 juta Diamonds dalam-permainan melalui laman-laman sosial KFC Malaysia untuk power up permainan dan perut mereka! Bukan itu sahaja, 11 karakter kesukaan peminat yang melambangkan 11 herba dan rempah ratus rahsia KFC bakal diketengahkan dalam kempen ini, dan para pemain boleh nantikan giveaway KFC termasuk baucar semasa beberapa siaran langsung terpilih.
“Kami teruja untuk bekerjasama secara rapat dengan KFC dan memperkasakan pertandingan ini dengan tawaran pakej eksklusif. Nantikan kolaborasi dan Regular Season pertandingan ini yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi!” kata Fikri Rizal Mahruddin, Pengurus Perniagaan MOONTON Games.
“KFC berbesar hati berkolaborasi dengan YouTube dan MOONTON Games untuk power up para pesaing dan peminat dengan makanan sedap hingga menjilat jari yang disediakan segar setiap hari dan dihidangkan selamat dan mudah melalui khidmat tanpa sentuh, supaya mereka bersedia untuk kejohanan! Kami tidak sabar untuk turut serta berseronok dalam pertandingan e-sukan sengit ini dan pada waktu yang sama meraikan semangat keghairahan belia Malaysia,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
“Jutaan rakyat Malaysia menonton YouTube untuk menghiburkan diri di rumah, dan waktu menonton permainan video kasual pada awal 2021 berkembang lebih daripada 5X berbanding tahun lalu. Kami berbangga untuk berkolaborasi dengan MOONTON dan KFC untuk power up salah satu e-sukan terbesar Malaysia pada 2021,” kata Ben Jern Loh, Ketua YouTube Malaysia.
MPL Malaysia Musim 8 mengumpulkan 10 pasukan terbaik untuk bertanding memenangi hadiah terkumpul berjumlah USD 100,000. Pemenang dan pemenang tempat kedua bakal berpeluang untuk mewakili Malaysia untuk kejohanan daerah atau antarabangsa.
Mari bersama kami menyaksikan kejohanan ini bermula 13 Ogos di Mobile Legends: Bang Bang’s YouTube channel.
Untuk jadual penuh perlawanan dan lebih maklumat untuk mendapatkan pakej hidangan POWERUP bertema KFC x MLBB, layari https://www.facebook.com/mplm.official atau www.KFC.com.my.
Comments
Post a Comment