AIA MALAYSIA LANCAR KEMPEN ‘ANAKKU SIHAT, NEGARAKU HEBAT’

 

Dalam pada negara terus menentang wabak COVID-19, AIA Malaysia ingin terus membantu golongan rentan yang semakin terdedah kepada risiko iaitu kanak-kanak dan ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma kepada golongan ini. Tawaran ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’ oleh syarikat insurans dan takaful berkenaan yang turut melancarkan sebuah penyelesaian komprehensif yang baharu untuk kanak-kanak.

Melalui perlindungan percuma ini, AIA berhasrat untuk menyediakan jaringan keselamatan kepada kanak-kanak dan ibu hamil di Malaysia dengan memberikan Pendapatan Hospital sehingga RM150 setiap hari sehingga maksimum 14 hari sekiranya disahkan positif COVID-19 dan memerlukan kemasukan hospital. Tawaran ini terbuka kepada kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah) serta ibu hamil termasuk pelanggan sedia AIA, tanpa perlu mendaftar untuk sebarang pelan AIA yang baharu.

Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “Kami memahami kebimbangan para ibu bapa berkenaan kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka ketika musim pandemik ini. Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih 82,000 kes COVID-19 yang melibatkan bayi dan kanak-kanak setakat bulan Mei 2021dan yang turut sama membimbangkan adalah jumlah ibu hamil yang memerlukan rawatan rapi disebabkan COVID-19 juga telah meningkat kepada lima peratus pada bulan Ogos 2021.”


“Pada bulan Jun lalu, kami telah menawarkan perlindungan COVID-19 percuma akibat kesan sampingan vaksinasi dan untuk kuarantin di rumah kepada rakyat Malaysia, namun kami menyedari bahawa ramai ibu hamil dan kanak-kanak masih terdedah kepada penyakit berjangkit tersebut. Perlindungan pendapatan hospital terbaru kami membolehkan kami memberikan perlindungan COVID-19 tambahan kepada golongan rentan ini agar lebih ramai keluarga dapat menikmati ketenangan fikiran ketika mengharungi tempoh sukar ini,” tambah Ben.

Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma ini tersedia sehingga 30 Disember 2021, ataupun sehingga jumlah had tuntutan mencecah RM1 juta, mana-mana yang dahulu dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Pemohon yang berminat boleh mendaftar sebelum 30 September 2021 melalui Perancang Hayat AIA dan boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.aia.com.my

AIA sentiasa menjadi peneraju utama dalam menyediakan perlindungan COVID-19 dari hujung-ke-hujung (end-to-end) kepada para pelanggannya. Selain daripada perlindungan percuma, pelan-pelan perubatan dan penyakit kritikal syarikat itu juga merupakan antara sebilangan kecil pelan di dalam pasaran yang menawarkan perlindungan untuk kemasukan hospital akibat COVID-19 serta komplikasi vaksin di hospital swasta.

Bersama-sama dengan kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’, AIA turut memperkenalkan sebuah penyelesaian inovatif dan baharu iaitu A-Life Joy Xtra yang melindungi kanak-kanak dari dalam kandungan sehingga dilahirkan dan seterusnya. Sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan yang fleksibel, A-Life Joy Xtra bukan sahaja menyediakan perlindungan yang komprehensif serta simpanan untuk kanak-kanak, tetapi juga didatangkan dengan pelbagai pilihan rider yang memenuhi pelbagai keperluan perlindungan sekaligus memberikan ibu bapa ketenangan dan jaringan keselamatan sepanjang membesarkan anak-anak mereka.

Salah sebuah rider tersebut adalah A-Plus BabyCare Xtra, pelan pertama di pasaran yang menanggung perbelanjaan perubatan bayi yang dianggap perlu serta caj berkaitan hospital dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran – manfaat yang secara lazimnya dikecualikan oleh kebanyakan pelan berkaitan kanak-kanak. Pelan ini juga melindungi kos rawatan dan kemasukan hospital yang disebabkan oleh penyakit kuning neonatal serta 19 keadaan kongenital. Selain itu, ibu hamil juga dilindungi dari peringkat awal kehamilan (13 minggu) sehingga melahirkan anak.

Rider A-Plus ParentCare Xtra pula menampilkan ciri unik AIA iaitu Vitality Joy Wallet, di mana anak tersebut akan menikmati pelbagai ganjaran apabila ibu bapa menyertai AIA Vitality dan memilih untuk kekal sihat sepanjang program kesihatan demi anak mereka. Manfaat Vitality Joy Wallet ini juga menggalakkan ibu bapa untuk mengutamakan kesihatan mereka dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, di samping menikmati pelbagai ganjaran seperti pemeriksaan gigi dan mata untuk anak mereka.

AIA Malaysia juga menawarkan penyelesaian patuh syariah yang sama menerusi pelan A-Life Ikhtiar child solution yang sesuai untuk ibu bapa yang ingin memilih untuk menyertai skim Takaful Keluarga. Pelan tersebut juga didatangkan dengan dua pilihan rider yang menyediakan ciri-ciri serta faedah patuh syariah yang sama.

“Keputusan untuk melancarkan kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’ ini adalah tepat pada masanya, seiring dengan segala ketidakpastian dan kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan anak-anak kita. Kami ingin memperkenalkan sebuah penyelesaian kanak-kanak yang akan memastikan para ibu bapa menikmati ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa anak-anak mereka mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan perlindungan yang berkualiti sepanjang fasa tumbesaran kritikal. Harapan kami adalah supaya pelan-pelan yang dilengkapi dengan manfaat ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA akan memperkasa ibu bapa dalam merancang masa hadapan yang lebih terjamin serta dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna bersama anak-anak mereka.” ujar Ben.


Maklumat lanjut mengenai kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’, pelan kanak-kanak serta tawaran terbaru, sila layari www.aia.com.my/anakkuhebat

Feature photo by: People photo created by jcomp - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!