FOODPANDA MALAYSIA LANCAR KUIH BULAN JENAMA PANDAMART


Dengan ketibaan Pesta Musim Luruh tidak lama lagi, foodpanda Malaysia telah melancarkan kuih bulan daripada pandamart yang dihasilkan secara tradisional dan dibungkus khas untuk menggembirakan pelanggan seluruh negara.

Secara tradisionalnya, kuih bulan dihadiahkan untuk melambangkan tuah dan kemakmuran menjelang Pesta Musim Luruh yang akan disambut pada 21 September tahun ini.

“Pesta Musim Luruh biasanya disambut dengan makan malam bersama keluarga dan acara penyalaan tanglung. Walaupun sambutan tahun ini mungkin sedikit berbeza, tradisi pemberian kuih bulan boleh diteruskan. Kami telah menyediakan pelbagai seleksi kuih bulan yang cukup istimewa dan menyelerakan yang kini boleh didapati terus di aplikasi foodpanda,”ujar Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia. Tambahnya, amalan pemberian hadiah kini telah menjadi satu kebiasaan antara satu sama lain, terutamanya pada waktu yang sukar ini. Kuih bulan daripada pandamart yang menyelerakan ini pasti dapat memberi kegembiraan kepada semua.


Menawarkan pelbagai jenis perisa, kuih bulan daripada pandamart yang tersedia adalah kurma merah, keladi ungu manis, biji bunga teratai asli, biji bunga teratai pandan, telur kuning bijan hitam, telur kuning Taro, telur kuning kacang merah Adzuki dan telur kuning kacang mung. Kuih bulan tanpa telur kuning adalah RM17.90 sebiji manakala kuih bulan beserta telur kuning berharga RM18.90 sebiji. Pelanggan juga boleh menikmati potongan harga sebanyak 20 peratus apabila membeli empat biji dan ke atas kuih bulan dari pandamart.

Kini boleh didapati di kedai pandamart terpilih seluruh negara, kuih bulan ini merupakan hadiah terbaik untuk berkongsi detik istimewa dengan orang tersayang pada musim perayaan ini. Pelanggan boleh mengirimkan kuih bulan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terus ke pintu rumah mereka dengan beberapa langkah ringkas. Semuanya di hujung jari anda. Sememangnya mudah sekali!

Selain itu, pengguna juga boleh membeli kuih bulan dari Lotus, Aeon dan Baker’s Cottage melalui kedai di aplikasi foodpanda. Kesemua kuih bulan ini boleh didapati sekarang di foodpanda shops dan telah tersedia di pandamart bermula dari 5 September 2021. Tunggu apa lagi? Dapatkan sekarang dan gembirakan orang tersayang!


Stok adalah terhad, jadi dapatkan sebelum habis. Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi kuih bulan daripada pandamart ini, sila layari pandamart.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING